Penjawat awam sedia ada tidak akan diberhentikan – JPA

CC37556B 0E44 4E8D AE34 E9A18859FA16 - Penjawat awam sedia ada tidak akan diberhentikan - JPA

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bg tempoh tiga thn mulai 2019 sehingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian penjawat awam atau pengisian sedia ada.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, ia hanya akan melibatkan jawatan yg tidak diisi melebihi tempoh dua thn.

Menurutnya, pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui enam cara termasuklah penswastaan, penyusunan semula perjawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

“Pelaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bg sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

“Selain itu, proses penggantian pegawai yg berpencen masih diteruskan,” katanya dlm satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kawalan saiz perkhidmatan awam dilaksana bg memastikan sumber manusia dpt dioptimumkan.

Kosmo! Online semalam melaporkan saiz perkhidmatan awam yg terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik berkata, sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap thn.

Sumber – K! ONLINE

Loading...

Tags: #akan #Awam #diberhentikan #Penjawat #SEDIA #tidak

author
Author: 
    Ulasan Filem: The Unicorn Store (2019)
    Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Brie Larson Pelakon | Brie Larson, Samuel
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk
    Puasa Pasaran Jawa
    Puasa pasaran jawa hari, puasa pasaran jawa bln, puasa pasaran jawa online, puasa
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10 : Drama terbaru ganti drama Cinta Non

    Leave a reply "Penjawat awam sedia ada tidak akan diberhentikan – JPA"