Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

Loading...

angkasa - Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

KUANTAN 13 Mei – Penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinasihat agar berwaspada dgn tawaran pinjaman wang secara mudah oleh syarikat pemberi pinjaman yg mendakwa mereka ejen Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) terutamanya menjelang musim perayaan ini.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya menerima aduan terdapat syarikat pemberi pinjaman yg mendakwa mereka sbg ejen ANGKASA yg menawarkan pinjaman segera kepada penjawat awam dan GLC.

“Mereka (syarikat pemberi pinjaman) akan menampal iklan yg mendakwa mereka dr badan koperasi tertentu yg dpt membantu menguruskan pinjaman wang dgn kadar yg pantas.

“Mereka juga menarik minat bakal peminjam dgn memberitahu pinjaman yg diberikan ini blh dibayar melalui potongan gaji memandangkan bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji ini hanya dpt dibuat oleh kakitangan awam dan GLC sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Fattah berharap penjawat awam atau GLC yg mahu melakukan pinjaman supaya menyemak status syarikat itu jika benar ia mewakili koperasi supaya tidak menjadi mangsa.

“Kita memohon mereka yg ditipu dgn tawaran pinjaman seperti ini oleh syarikat atau individu yg mendakwa ejen ANGKASA supaya membuat laporan polis utk siasatan supaya tindakan dpt diambil,” katanya.

Setakat ini, terdapat kira-kira 800 koperasi yg memperoleh kebenaran menawarkan pinjaman wang kepada anggota termasuklah kepada penjawat awam dan GLC.

“Bagaimanapun, hanya separuh sahaja iaitu 400 koperasi yg aktif,” katanya.

Beliau turut menasihati badan koperasi yg menawarkan pinjaman yg sah supaya menguruskan setiap permohonan dgn telus dan profesional tanpa membebankan peminjam. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Angkasa #Awam #dinasihat #Penjawat #Pinjaman #Tawaran #Wang #Waspada

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Comments are closed.