Peniaga Foodtruck Bengang Barang Disita, Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan DBKL. (Video Inside)

Loading...

Bengang kerana barang perniagaannya dirampas, seorang peniaga meluahkan kemarahan terhadap DBKL yg disifatkannya kejam kerana melayan peniaga kecil seperti penjenayah.

Alang 1 - Peniaga Foodtruck Bengang Barang Disita, Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan DBKL. (Video Inside)

Lelaki itu dilihat mengamuk, menjerit, menumbuk dan melepaskan kemarahan terhadap DBKL yg katanya bersikap diskriminasi terhadap peniaga melayu.

Rakaman video berdurasi 3 minit 56 saat yg tular itu menunjukkan anggota DBKL sedang menyita barang-barang perniagaan steamboat namun dipersoalkan oleh pemilik perniagaan berkenaan sehingga tercetusnya pergaduhan kecil antara dua pihak.

Dipercayai perniagaan itu milik keluarga, adik-beradik yg menjalankan perniagaan kecil mencari rezeki tambahan di ibu kota.

Di sosmed pula, individu yg dikenali sbg AbangKudin Kudin mengakui beliau adalah peniaga yg diserbu itu dan meluahkan perasaannya terhadap insiden yg berlaku itu;

“Assalammualaikum, hari ini rasa sedih pon ada rasa sebak pon ada, yalah kita ni orang meniaga tepi jalan kan, malam tadi foodtruck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak saya diserbu oleh DBKL di Jalan Genting Kelang Setapak.

Yalah yg saya maksudkan bukan pd semua DBKL tapi pd sesetengah DBKL, saya tau korang hanya jalan kan tugas tapi bg lah belas kasihan kat anak muda mcm kami ni meniaga.

Kami memang tak kacau orang, kami meniaga elok mknan. Korang jangan la buat kami mcm bangsa asing. Datang sampai 3,4biji truck, 4,5 biji van, siap block jalan. Apa salah kami??? 

Kami bukan buat kerja jahat. Korang datang terus mintak ic. Nak rampas barang kami. Time tu customer tengah ramai. Tengah mkn, korang datang terus turun dr van mcm kami buat salah besar, nasib baik customer blh faham. Dieorang tengok sendiri depan mata, tolong lah kami merayu. Tolong la bela hak kami anak melayu.

Kami melawan sebab kami nak hak kami, barang kami, kami beli pakai duit gaji, kalau nak ikut =kan berapa je gaji kami niaga tepi jalan korang tak dek belas kasihan ke kat kami ni anak muda melayu, yg datang malam tadi pun semua melayu, kenapa warga warga asing niaga elok je korang tak kacau.

Niaga kedai mkn beramai ramai korang tak kacau kenapa kami anak muda melayu ni korang kacau, tolong lah. Kami merayu sangat, bg lah peluang pd kami anak muda ni nak cari rezeki.

Cuba yg meniaga ni adalah mak ayah korang,adik beradik korang, diperlakukan pulak mcm ni. Apa yg korang rasa???? Mana belas kasihan korang pd bangsa sendiri??? Dari segi undang undang memang kami salah tapi tu korang tengok sendiri la. Kami cuma nak hak anak melayu peniaga kecil yg mencari rezeki ditepi jalan ini dibela 🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏,” katanya dlm satu kenyataan. 

Setakat ini DBKL belum mengeluarkan kenyataan rasmi bg mengulas tuduhan itu. – 2 Mac 2019.
 

Loading...

Tags: #Barang #Bengang #DBKL. #Disita #Foodtruck #Inside. #KawKaw #Marahkan #Mengamuk #Peniaga #video...

author
Author: 
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di
    Download Short Vowel Passages
    It contains more cute short vowel stories with comprehension questions/responses! The language in
    Download English Cards Games – Demonstrative Adjectives
    Demonstrative adjectives are adjectives that are used to modify a noun so that
    Suami guru hamil ditikam menangis sepanjang pertuduhan dibaca
    Gambar hiasan LELAKI berusia 38 thn yg menikam isterinya yg sarat hamil minggu

    Leave a reply "Peniaga Foodtruck Bengang Barang Disita, Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan DBKL. (Video Inside)"