Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet, Mungkin Mahu Saman.

PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya mungkin mengambil tindakan saman terhadap seorang pelawak yg membe lasah dan menen dangnya dlm kejadian perga duhan di Taman Acacia di Nilai, kelmarin. 

Yahya 1 - Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet, Mungkin Mahu Saman.


Yahya, 70, berkata perbuatan artis lelaki terbabit bukan sahaja menyebabkan kecederaan pd mukanya, tetapi dia turut mengalami trauma.

Menurutnya, dia diberi cuti sakit selama tiga hari oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) kerana kecederaan dialaminya itu.

“Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dpt berfikir dgn baik.

“Saya hanya berehat dan mkn ubat. Mujur ada isteri dan anak yg menjaga saya di rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yahya berkata, dia akan mendapatkan rawatan susulan sekiranya keadaan kesihatannya tidak menunjukkan perubahan.

Ditanya sama ada artis lelaki terbabit atau wakil ada menghubunginya utk meminta maaf, Yahya berkata, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon drpada pihak berkenaan.

“Beri saya masa utk rehat dan tenangkan fikiran dahulu. Saya belum bersedia jumpa dia. 

“Perbuatan dia (pelawak) saya blh maafkan, tapi kesan akibat perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, Yahya cedera pd hidung dan bengkak di muka serta sakit di pinggang serta lutut akibat tindakan lelaki terbabit.

Kejadian pergaduhan berlaku dipercayai kerana lelaki itu tidak puas hati selepas tidak dpt keluar drpada kawasan perumahan berkenaan berikutan palang keselamatan ditutup.

Sebelum itu, lelaki terbabit dikatakan mengekori sebuah kenderaan lain masuk tanpa kebenaran menyebabkan Yahya yg bertugas mengekori lelaki itu memintanya membuat pendaftaran, tetapi sebaliknya berlaku apabila dia dibelasah dan ditendang serta dibaling batu.

Sumber : Harian Metro.

Loading...

Tags: #Dibelasah #Keselamatan #Mahu #Mungkin #Pengawal #PetPet #Saman #Trauma

author
Author: 
    Early Writing Materials (Grade 1)
    Early aptitude in writing is an indicator of a child’s reading ability. Up
    Cut and Paste materials (Part 1)
    Cut and paste worksheets to help kindergarten and preschoolers develop their fine motor
    Early Reading Materials (Part 2)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Early Reading Materials (Part 3)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is

    Comments are closed.