Pengat Ubi Kayu

BESTB252872529 - Pengat Ubi Kayu

Bila bulan puasa ni, biasanya ita suka mkn manis-manis. Kebiasannya kuih muih atau manisan tradisional yg kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Masa bulan puasa nilah anak tekak ni meragam nak mkn macam-macam , mengalahkan orang yg mengidam pulak!

Ita ni suka sangat ubi , masak apa pun ubi ita suka, tak kira di goreng, di rebus atau di jadikan kuih muih. Mungkin sebab sifat semula jadi anak kampung ni yg menebalkan buatkan ita cukup suka mknan kampung.

Bila bulan puasa ita teringat kat masakan mak. Mak ita suka sediakan pengat atau bubur bila bulan Ramadan kerana bapa ita memang cukup suka mkn manisan. Bila berumahtangga, giliran ita pula kena sediakan utk suami kerana ita juga dapat suami yg seleranya tak kalah selera bapa ita. Sukakan manisan terutamanya kuih muih tradisional.

Semalam ita berkesempatan buat pengat ubi. Ya Allah nikmat apalah yg nak kita dustakan.. sesungguhnya rahmat Allah cukup besar dgn rezeki yg Allah kurniakan.. sungguh sedap menghirup pengat ubi takala azan maghrib berkumandang.

Senang aje buat pengat ni.. barang pun mudah dan ringkas. Masak pun tak lama. Kalau ada bahan semua jadi kan..

BESTB252882529 - Pengat Ubi Kayu

PENGAT UBI KAYU

1 batang ubi kayu ~ potong kecil dan rebus sehingga empuk
300 ml santan
250 gm sagu di rendam sehingga kembang
200 gm gula pasir
100 gm gula Melaka
3 helai daun pandan ~ di simpul
garam secukup rasa
air secukupnya

Didikkan air dlm periuk dan rebus ubi sampai empuk.
Kemudian masukkan sago dan masak sehingga sago jernih
masukkan gula, gula melaka dan masak sehingga gula larut
Masukkan santan dan garam secukup rasa
Biarkan didih
Angkat dan hidangkan



Loading...

Tags: #Kayu #PENGAT

author
Author: 
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    NASI GORENG ALA RESTORAN mantapp
    NASI GORENG ALA RESTORAN Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Resepi Apam Nasi
    Banyak dah buat resepi2 moden sebelum ni. Kali ni sy nk share resepi
    Pulut Kuning | Cara Buat Pulut Kuning | Resepi Pulut Kuning (MESTI CUBA!!)
    Pulut kuning merupakan menu tradisi rakyat Malaysia. Kebiasaanya menjadi pelengkap majlis-majlis keraian seperti

    Leave a reply "Pengat Ubi Kayu"