Pengat Pisang

pengatBpisang - Pengat Pisang

Buat pengat lagi utk berbuka puasa, tapi kali ni ita buat pengat pisang. Kalau buat pengat ita suka guna pisang nipah. Sebaiknya cari pisang nipah yg masak ranum baru sedap. Sebab dah tak sabar ita buat guna pisang nipah yg tak berapa nak masak.. tapi ok lah cuma pisangnya agak mengkal sikit lah.. tapi tetap sedap dan bermangkuk-mangkuk jugak di mkn.. adoiii.. hilang kempunan.. dah lama benar nak mkn pengat pisang. Tulah sekarang pisang nipah ni agak susah sikit nak dapat. Kat pasar tak ada jual, ni ita beli kat kampung Melayu.. agak jauh jugak lah dr rumah tapi sebab nak sangat mkn rajinkan diri jugak pergi cari.

Harga pun blh tahan mahal jugak tau. Satu sikat tu ita beli rm 5.80 adoii.. pdnlah orang jual pisang goreng 3 seringit.. bukan 3 biji tau.. tapi 3 keping.. satu biji pisang di belah 2 .. rasa.. mahal tak?
Bila ita kata barang mknan di JB ni mahal semua tak percaya.. serius memang sangat mahal.. Kalau nak bandingkan JB dgn KL macam langit dgn bumi harganya tau.. sangat-sangat mahal di JB ni.. tapi orang JB sabar je… mahal pun hadap jugak nak buat macam mana..

Oklah kita lupakan tentang barang yg mahal.. kita temngok pengat pisang ni pulak.. mkn panas sedap sejuk pun sedap!

pengatBpisangB2 - Pengat Pisang

PENGAT PISANG

1 sikat pisang nipah ~ potong 2
250 gm sagu di rendam sehingga kembang
200 gm gula pasir
100 gm gula Melaka
3 helai daun pandan ~ di simpul
garam secukup rasa
air secukupnya

Didikkan air dlm periuk dan rebus pisang sehingga lembut ( kalau pisang dah masak tak payah rebus)
Kemudian masukkan sago dan masak sehingga sago jernih
masukkan gula, gula melaka dan masak sehingga gula larut
Masukkan santan dan garam secukup rasa
Biarkan didih
Angkat dan hidangkan


Loading...

Tags: #PENGAT #Pisang

author
Author: 
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri
    RESEP SARWENDAH Mahal ?! Worth It Gak Sih ??
    Nih buat kalian yang penasaran sama Resep Sarwendah ya 😉 Kita pesen yang

    Leave a reply "Pengat Pisang"