PENGAT PISANG SAMA KELEDEK

Assalamualaikum, 

Apa khabar pembaca blog fizalgk dan kawan-kawan sekelian. Harapan saya semoga kita semua sentiasa sihat dan bahagia selalu. Perkongsian pemanis mulut dr saya petang ini adalah Pengat pisang sama keledek. Ada dua jenis keledek yg saya gunakan dlm resipi ini iaitu keledek oren dan keledek jepun, manakala pisang pula saya gunakan pisang raja. 

Pengat ni sangat sesuai dihidangkan utk minum petang dan kalau ikut style anak bongsu saya, dia suka simpan dlm petiais terlebih dahulu dan mkn sejuk-sejuk dgn biskut kering. Tak kiralah dihidangkan panas atau sejuk pengat pisang sama keledek ini memang sedap dan rasanya yg lemak-lemak manis tu sungguh memikat selera. Dan pesanan utk yg jaga kesihatan tu, blhlah kurangkan gula ikut kesesuaian ye. Jom buat pengat pisang sama keledek utk minum petang ni. ❤❤❤  
PengatBpisangBsamaBkeledek - PENGAT PISANG SAMA KELEDEK
PENGAT PISANG SAMA KELEDEK
Bahan-bahan
2 ketul keledek oren
2 ketul keledek jepun 
5 biji pisang raja 
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
½ cawan sagu biji  – cuci dan rendamkan bersama ½  cawan air selama 10 minit dan toskan
2 ketul gula melaka – diracik halus dan masak sehingga larut bersama  1 cawan air dan tapiskan
2 helai daun pandan

Cara-Cara:

1. Kupas dan potong dadu besar dua jenis keledek tersebut dan rebus sehingga empuk, angkat dan toskan. Pisang dipotong serong dan ketepikan seketika. 
PengatBPisangBSamaBKeledekB1 - PENGAT PISANG SAMA KELEDEK

2. Satukan santan cair dan santan pekat didalam periuk, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi. Masukkan daun pandan dan sagu biji dan kacau sebati.

PengatBPisangBSamaBKeledekB2 - PENGAT PISANG SAMA KELEDEK

3. Masukkan keledek rebus dan pisang tadi dan renihkan. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah dan biarkan mendidih. 

PengatBPisangBsamaBkeledekB3 - PENGAT PISANG SAMA KELEDEK

4. Sekiranya kurang manis blhlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dapur dan blhlah di hidangkan.

PengatBpisangBsamaBkeledekB4 - PENGAT PISANG SAMA KELEDEK


Loading...

Tags: #KELEDEK #PENGAT #Pisang #sama

author
Author: 
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "PENGAT PISANG SAMA KELEDEK"