Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Loading...

IMG 6774 1 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian
Insya Allah esok pagi saya akan berangkat ke London utk bercuti di samping melawat anakanda saya Juita yg sangat sangat saya rindui. Sejak kemalangan yg menimpa saya November thn lalu, saya tidak pergi ke mana mana kecuali ke Perlis atas urusan tertentu. Jadi sejak itu juga, saya agak stress dan sentiasa tidak sihat. 

Semalam semasa dlm perjalanan balik dr pejabat, tiba tiba saya ter imbau kenangan ketika sakit, ketika saya hilang upaya sebelah kaki utk berjalan seperti biasa. Betapa sangat mahalnya rezeki dan nikmat memiliki anggota badan utk membolehkan kita berjalan dan bergerak. Hidup terkurung selama berbulan menjadikan saya kehilangan jiwa dan semangat.

Pernah sekali ketika masih berkerusi roda, saya mengikut anak anak ke shopping mall. Ketika itu, hati sangat sedih bila saya memerlukan seseorang utk menolak saya bergerak. Bila saya ditinggalkan di satu sudut, saya tidak dapat berbuat apa apa kecuali menunggu mereka datang utk menolak saya ke lokasi lain. Jadi sementara kita diberi nikmat anggota badan, seharusnya kita bersyukur. 

Berbalik pd percutian, ianya sesuatu yg ditunggu dan sangat teruja dgn nya. Tapi sayang juga kerana banyak rintangan lain yg menjadikan hati saya sedikit terkilan. Walaupun rintangan kecil tapi tidak sedikit sebanyak, ianya mencalarkan percutian saya juga bulan bulan akhir perkhidmatan saya. Tinggalkan sesuatu yg elok elok dan manis utk dikenang. Saya tidak mahu menyebutnya di sini secara detail tapi cukup dikatakan, saya tidak sabar lagi utk bersara. Cukup di sini dahulu, sekarang kita masuk sedikit bab masakan. 
IMG 6775a - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Saya merasa sangat bersyukur kerana saya menpunyai ramai kenalan dan sahabat alam maya yg menghargai apa yg saya lakukan selama ini, iaitu perkongsian resepi di blog. Ianya menjadikan hidup saya lebih ceria dan berwarna warni yg sangat indah. 

Malahan pisang yg saya gunakan hari ini iaitu pisang kebatu berwarna kuning dr Kelantan juga diberikan oleh Aza, seorang follower blog Azie Kitchen. Bukan sahaja 5 biji pisang yg bersaiz besar tetapi juga anak benih pokok pisang kebatu yg telah lama saya cari. Benih pisang ini hanya mudah ditemui di Kelantan. 
thumbnail  8712855879685962195 IMG 6748 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Saya memasak pengat ringkas sahaja kerana balik dr kerja, terus ke dapur. Cari biji sagu pun tak jumpa. Jadi pengat kosong kosong sahaja. Yg penting, ianya sangat lemak dan sedap sekali. Saya menggunakan 3 biji pisang sahaja utk pengat dan lagi 2 biji saya rebus. Pisang kebatu rebus sangat terkenal sbg mknan utk sarapan di Kelantan. 

IMG 6778 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Jom layan cara saya menyediakan pengat pisang simple simple. Blh click video di SINI utk melihat cara penyediaannya.


IMG 6776 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Pengat Pisang Kebatu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji pisang kebatu
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
Daun pandan
Sagu – jika suka
1 keping gula Melaka
1-2 sudu besar gula pasir – ikut manis disukai

Sedikit garam

Cara cara:
Masukkan air ke dlm kuali atau periuk dan juga gula Melaka. Jika ada daun pandan, masukkan daun pandan. Masak sehingga gula Melaka hancur dan mendidih.

Masukkan santan dan kacau rata sehingga mendidih lagi. Masukkan pisang dan kacau rata.

Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasa dan setelah pisang lembut dan masak, blhlah diangkat.

Nota:
Jika masukkan sagu, saya akan masak sagu dgn air secukupnya sehingga biji sagu jernih. Toskan air di dlm bekas penapis. Lalukan di bawah air paip mengalir sambil dikacau utk membuang sagu. Kemudian dimasukkan ke dlm kuah pengat. 
IMG 5572 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

IMG 5573 - Pengat Pisang Kebatu Dan Cerita Percutian

Loading...

Tags: #Cerita #Kebatu #PENGAT #Percutian #Pisang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.