PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

ASSALAMUALAIKUM..

20180404 092357 01 - PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

Hi salam semua, salam Sabtu

PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT || Siapa ya pernah ada pengalaman melihat sarang kelulut ni ?. Madu kelulut sudah semakin popular kan sekarang ni. Ingat zaman kanak – kanak, tengok saja sarang kelulut di celah – celah dinding rumah. Kadang- kadang ada juga tengok bersarang di pokok. Madu kelulut sekarang sudah blh buat duit. Dan ramai juga yg menjadi pengusaha madu kelulut sekarang ini, ada yg buat macam ladang kelulut utk dikomersilkan dan ada juga yg saja utk mengisi kekosongan masa lapang, membela kelulut dlm kawasan rumah.

Jiran sebelah rumah, memang ada kebun kelulut, tak lah luas sangat dah lah kawasan rumah dia pun penuh batang kayu yg ada sarang kelulut hii, tapi suka tengok, sebab macam ada hubungan dgn alam :).. Kampung kawasan rumah memang ada hutan dan tak macam di bandar ya, sebab itu persekitaran macam sesuai nak bela kelulut. Nanti senang kelulut nak cari mkn, cari bunga. Disebabkan sebelah pagar selalu tengok kelulut, bersama spesis serangga terbang- terbang yg lain singgah di pokok – pokok bunga. Best tak suasana macam tu ? hii, kalau hati yg tengah panas pun blh jadi tenang.

20180404 092906 01 - PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

Nak bela kelulut bukan senang, banyak risiko yg harus diambil, Disebabkan jiran sebelah dah terbiasa risiko macam mana, kalau kelulut tinggal sarang mereka tu dah perkara biasa dah, satu batang pokok bukan murah blh mencecah ratus ringgit, kalau saiz yg besar mahal lagi.

Abah dah terpengaruh dgn jiran, jadi, dia beli 2 batang pokok yg dah ada sarang kelulut, Keliru dekat sini nak sebut batang kayu ke tunggul kayu hii. Saja dia nak isi masa lapang,sebab tengok macam seronok jer bela kelulut.

Kelulut, nak jaga tak susah, tapi kena hati – hati takut mereka tinggalkan sarang. Banyak faktor la juga. Paling excited bila nak buka penutup atas tengok kelulut punya sarang. SubhanaAllah, dah macam speecless sekejap.

Kali pertama melihat sarang kelulut macam teruja, sambil berfikir – fikir tentang makhluk Allah ini. Banyak yg blh belajar kan 🙂

20180404 093026 01 - PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

Kantung sarang kelulut ini,  apabila madu dah penuh kat dlm tu, baru kelulut akan tutup, tengok macam gambar kat atas, yg  nampak macam tutup tu, kat dlm tu penuh sangat madu. Kantungnya lembut tak keras, kalau kita sentuh sikit dgn jari macam tekan lembut begitu. :D.. Seronok belajar benda baru ni.

Semasa proses nak sedut madu kelulut, kita akan tebuk sikit bahagian atas, Apabila madu dah diambil dr kantung, kelulut akan sambung balik  kantung sambil penuhkan madu kat dlm. Utk yg tak ada mesin penyedut, abah guna picagari sahaja, tak pdn nak beli mesin sedut sebab bukan bela yg berskala besar pun. 🙂

Walaupun dah buka penutup atas, ada separuh keluar ,ada separuh kat dlm,Kelulut hidup berkoloni, macam lebah juga, tapi kelulut tak serang macam lebah, sebab mereka tak ada sengat.

20180404 093411 01 - PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

Nampak kat luar tu, itu lah lubang kelulut nak masuk sarang. Belalai panjang nampak di luar, buka penutup tu baru nampak sarang macam mana, agaknya kalau di batang kayu sungguh kalau belah, memang sarang ikut dlm batang kayu.

Kelulut yg bela ni tak ada lah serang orang, semasa tengah shoot ni, ok jerr kelulut main terbang sekeliling kita jer, tapi tak tahu lah takut ada yg jenis liar sikit. Orang takut sangat sebab kalau ia serang pun memang nak serang kat rambut, sebab nak melekat, badan kelulut ni melekit, Wani pun pernah zaman kanak – kanak kena serang kelulut :D.

Dalam satu sarang ni blh dapat hampir 1 kg juga tak silap, patutlah orang jual mahal sebab bukan senang nak sedut, ini pun sedut kaedah manual ada la juga tumpah madu sekeliling sarang kelulut.
Cabaran tu ya.

C360 2018 04 04 10 22 04 980 01 - PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

Dapat dlm 2 botol lebih kurang, warna nampak muda dan manis sangat semasa baru mula madu diambil, nanti lama – lama madu akan bertukar rasa masam. Banyak lagi nak belajar tentang habitat kelulut.

Jemput tonton video 🙂

                      


Loading...

Tags: #Kali #KELULUT #MADU #Melihat #MENYEDUT #Pengalaman #Pertama #Proses

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT"