Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak

kucingBberanak - Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
Alhamdulillah setelah penantian berbulan , akhirnya kucing Lisa dah beranak 18 Jan 2019 . Start bela kucing ni  4 or 5 bulan lepas , time tu si mak dgn 3 ekor anak dia ada dlm kotak bertutup  . Lisa jumpa kat pasar. Walaupun kucing ni jenis kucing jalanan je , tapi tetap bela sebab blh tangkap tikus . hihihi. Sekarang tempatni dah tak dengar suara tikus pon .
Lisa panggil kucing ni meow je , baik si mak or si anak . Haritu nak pergi mandulkan tapi dah lambat , dah bunting dulu hahaha. si Jantan pula sebok dok panggil kucing ni , adeh .. mana tak buntingnya . Ini kali pertama pengalaman Lisa jaga kucing bunting . Agak kecelaruan juga la . 
50690904 364801660767786 5220181076365803520 n - Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG.
TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG PERUBAHAN FIZIKAL
1. KUCING BERHENTI MENGAWAN
Ini mungkin tanda paling awal anda akan perasan.Sebelum ini anda perasan kucing akan masuk fasa galak/gatal(on heat) setiap 10 hari  2 minggu.
Macam mana tahu?
Hari-hari mengiaw supaya diberikan pasangan. Yg jantan pula asyik bertandang ke rumah sahaja.
Yang di dlm tidak sabar-sabarnya mahu keluar. Walaupun, selama ini tidak biasa keluar dr rumah.
Tetapi sekarang, semua aktiviti tiba-tiba terhenti. Kemungkinan kucing sedang mengandung.
2. MUNTAH-MUNTAH/MORNING SICKNESS
Kucing juga mungkin akan mengalami morning sickness. Ini adalah perkara biasa bagi sesetangah kucing mengandung.
Sekiranya didapati kucing muntah berterusan, kerap, dan tanpa henti, dapatkan rawatan doktor dgn segera.
3. PUTING SUSU MEMBESAR & KEMERAHAN
Sekitar 3 minggu mengandung, puting susu kucing akan membesar.Dan berubah warna menjadi lebih gelap dan lebih pink/kemerah-merahan.Kerana apa? Supaya bayi kucing mudah nak mencari bekalan susunya.
4. SELERA MAKAN MENINGKAT
Kucing juga akan mkn lebih banyak semasa mengandung.Terutama apabila sudah masuk minggu keempat.Sekejap-sekejap mkn.Pusing lagi, nampak sedang mkn lagi.
Perkara ini memang biasa. Bukan manusia yg mengandung sahaja bertambah selera mkn.Kerana kandungan di dlm perut sedang membesar.Mereka ini perlukan lebih tenaga dan protein yg secukupnya.Oleh itu, ibu kucing akan kelihatan banyak mknnya kerana keperluan gizi dan tenaga yg meningkat di dlm badannya.
Yalah.Makannya bukan utk seekor.Cuba berikan mknan terbaik dan berprotein tinggi seperti ayam dan ikan buat kucing anda.
5. PERUT MENJADI LEBIH BESAR
Seiring dgn tumbesaran kandungan, perut kucing juga akan membesar dan terus membesar sehingga waktu kelahiran.Selain itu,Gaya kucing berjalan juga akan sedikit berbeza.Berjalan lebih terkangkang berbanding biasa.Kerana mahu seimbangkan dgn perut yg semakin membulat.Dan posture badan yg berubah.Gaya jalan perlulah disesuaikan. Nanti jatuh tersungkur pula.
6. KELUAR AIR SUSU
Pada minggu kedua atau ketiga terakhir, susu sudah mula dihasilkan.Susu akan terkeluar apabila puting susu dipicit lembut.Ini juga menandakan waktu beranak hampir tiba.
PERUBAHAN PERSONALITI
Tanda-tanda kucing mengandung juga blh diperhatikan melalui perubahan personaliti kucing.
7. KUCING MENJADI MANJA
Kucing akan terlebih manja waktu bunting ini.Bukan sahaja terserlah dr gaya badan, malah reaksi muka juga sangat manja.Manja yg bagaimana?Pelbagai.Mungkin minta kerap dibelai, atau nak berteman tidurnya, atau mungkin mknnya menjadi cerewet kerana mahukan perhatian.Tetapi, ada juga kucing yg lebih suka berseorangan.
8. KERAP TIDUR
Selain selera mkn meningkat, kucing juga menjadi kaki tidur semasa bunting.Jika tadi,Sekali pandang mkn,Dua kali pandang mkn lagi.Pandang lagi pun sedang mkn.Sekarang,Berkali-kali pandang pun masih tidur.Keadaan ini adalah normal bagi kucing yg mengandung kerana ia lebih cepat penat.
9. NESTING
Nesting ini adalah tanda kucing anda sudah hampir dgn masa utk beranak.waktu ini, kucing akan kelihatan berpindah-pindah dan berehat pd beberapa kawasan.Kerana sedang mencari tempat terbaik utk melahirkan.Kucing akan mencari tempat yg gelap, sunyi, tersorok dan jauh dr ancaman.Bukan sahaja dr ancaman kucing, yg tersorok dr ancaman manusia juga lebih baik, terutamanya anak-anak kecil.Kerana kucing akan rasa terganggu dan tertekan.Dan lebih cenderung utk memindahkan anaknya ke kawasan lain yg dirasakan lebih selamat berkali-kali.
Kuncinya:Gelap, tersorok, sunyi, dan jauh dr ancaman.
10. MENJAUH DARI ANAK
Kucing ni kalau sebelum ni tak blh jauh dr anak , kalau dah bunting besar dia tak suka anak dia dekat dgn dirinya . Mungkin rasa seperti ancaman kot . I’m not sure tapi tengok je anak kucing mendekat , si mak dah muka naik berang .. Kadang tengok juga kucing-kucing tu saling mencakar or menampar muka . haha.. adeh .
Ni gambar kucing masa bunting dulu .

50227087 2286939764857891 794453724377382912 n - Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
Gambar bulan pertama bunting , perut tak nampak membesar lagi 
50217960 300390237493221 6497447308735545344 n - Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
Gambar bulan kedua bunting , kat sini dah nampak besar perut meow . 
50244575 282773742413667 6885296496380477440 n - Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
Gambar yg ni tinggal tunggu masa nak beranak je , asyik tidur je dlm kotak and tempat gelap .
Oh ya , menjelang masa dah nak beranak … kucing yg biasanya aktif berjalan dia akan jadi duduk diam dlm rumah je . Tidur mkn tidur mkn itu je . Biasanya pagi-pagi kucing ni akan berkeliaran keluar dan bahkan sampai time mkn baru balik . Tapi since dah 2-3 hari masa nakberanak ritu duduk diam dan cari kotak or tempat gelap tuk tido .
Tudia sekali beranak 8 Ekor ! 8 weih bukan 3 or 4 hahaha. Beranak dah disediakan kandang pon , pergi cari beranak tersorok dlm timbunan newspaper dan kotak .
Lepas beranak Lisa terus laju je tanya kawan yg keje kat pejabat Veterinar nak tahu macam mana cara jaga and pindahkan baby kucing ke kandang or tempat yg lebih selamat . Fuh pengalaman baru ! 

Loading...

Tags: #Beranak #Bunting #kucing #Menjaga #Pengalaman

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak"