Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

photo6264742296012564549 horz 1 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Assalamulaikum & hai semua, 

Waktu sekolah menengah subjek Sejarah & Bahasa Melayu memang jadi favorite BBL. Tambah lagi masa tinggal kat kampung, malam hujung minggu selalu request arwah opah bercerita kisah lagenda Melayu. Ala lebih kurang macam bed time story gituh. Seronok dapat dengar cerita hikayat dongeng orang dahulu. Tambah lagi lengok bahasa melayu klasik lagi indah bila dengar dan ditutur.

Hari Jumaat 29 Nov BBL pergi tengok teater Bangsawan Dendam Laksamana arahan Pat Ibrahim yg diadaptasi dr hikayat “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Nie kali pertama tengok pemetasan teater sejak tinggalkan zaman uni. Rasa excited pun ada memandangkan jalan cerita sangat menarik utk tontonan.


Sinopsis Bangsawan Dendam Laksamana
Menceritakan kisah zaman dahulu tentang kegagahan dan kesetiaan pahlawan Laksamana Megat Seri Rama terhadap Sultan Mahmud Syah II pd era Johor Lama. Namun Seri Bija Wangsa sangat cemburu dgn Laksamana Megat Seri Rama kerana Sultan sangat sayang dan memberi kuasa kepercayaan utk menjaga tanah jajahan baginda. 

BDLB13 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana
BDLB02 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana


Malah dia turut dengki dgn Wan Anum, isteri Laksamana Megat Seri Rama yang mempunyai lunak suara merdu dan cantik rupa paras. Bendahara Tun Abdul Jalil dan Tun Aman yg selalu menjadi penghalang niat jahat Seri Bija Wangsa mahu menjatuhkan dan merampas kuasa Laksamana Megat Seri Rama kerana dia lebih layak berkuasa. Tak hairan dia sanggup menfitnah dan meracun fikiran Sultan agar percaya kejadian rusuhan berlaku dirancang oleh Laksamana Megat Seri Rama.

Ditakdirkan Sultan Mahmud Syah II yang langsung tidak memperduli pentadbiran kerajaan, menindas rakyat jelata serta termakan hasutan Seri Bija Wangsa menyebabkan nasfu amarah mengusai diri dan telah membawa pembunuhan Wan Anum bersama anak dikandungnya. Akhirnya Laksamana Megat Seri Rama tidak lagi mampu menahan perasaan marah terhadap Seri Bija Wangsa dan Sultan Mahmud Syah II, mereka berdua tumpas di keris milik pahlawan Laksamana Megat Seri Rama.

BDLB07 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana
BDLB08 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana


Bagi BBL teater ini sangat menarik dan harus ditonton oleh semua orang terutama peminat cerita dongeng melayu, sejarah, para pelajar sekolah, student universiti serta semua lapisan masyarakat. Anda tak akan bosan kerana jalan cerita cukup menghiburkan seolah-olah menyaksikan sebuah cerita diceritakan oleh penglipur lara. Setiap babak akan ada nyanyian utk menghiburkan hadirin. Yg menarik, semasa komersial break jangan terkejut dgn persembahan. Nak tahu apa berlaku kena datang saksikan 

Memang kena puji pengarah, Pat Ibrahim yg berjaya buat semua penonton rasa tersentuh hati dgn lakonan mantap dan terhibur melihat adegan pelakon. Bukan calang-calang palakon yg pegang setiap watak. BBL sendiri terkejut melihat Dato’ Jalaluddin Hassan turut ada sbg Bendahara Tun Abdul Jalil. 

BDLB05 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Saksikan sendiri teater Bangsawan Dendam Laksamana bermula 2-11 November 2018 di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTic Kuala Lumpur. Tiket blh dibeli secara online kat website > peatix.com atau whatsapp 019-3036008

photo6264742296012564555 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Bagi anda tinggal luar ibu kota, usah risau kerana Bangsawan Dendam Laksamana akan menjelajah seluruh negara bermula Febuari 2019 depan. So jangan lupa bookmark kalendar korang utk teater date ye

cover Kbs46oldGVsLZgqORrv6Q4fMYSsZmb72 - Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Loading...

Tags: #Bangsawan #Dendam #First #Laksamana #Pengalaman #Teater #Tengok #Time

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana"