Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

20160818 203231255B1255D 1 - Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Kakak dan adik.

Alhamdulillah, 12hb Ogos hari tu aku telah selamat melahirkan puteri kedua. Amni dulu beranak awal 3 hari, so yg kedua ni harapannya nak beranak awal jugak la walau sehari dua sebab tak larat sangat nak usung perut. baju semua dah tak muat. Nak keluar rumah pun pikir 10x tau. Sebab tu tak saba-sabar nak kempiskan perut. haha.


Pengalaman Bersalin Anak Pertama



Keluar tanda.

Akhirnya Allah dah tetapkan 12hb sbg tarikh keramat tu. Pukul 5pg 11hb Ogos keluar tanda. tunggu sampai pukul 7 macam tu utk bagitau umi yg tengah bersiap nak pergi mengajar time tu. Lepas tu bagitau suami yg masih kerja kat Bentong. Mintak dia balik segera, nanti kan tak sempat nak teman isteri cengeng ni lam labour room. Haha.

Lepas bagitau umi, umi terus bagitau Guru Besar nak mintak emergency leave. Pack mana-mana yg patut, then terus gerak pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Perjalanan dlm sejam lebih jugak, sebab tu gerak cecepat. Takut tak sempat. haha.

Sampai kat Kuala Terengganu pukul 8 lebih. Disebabkan tak rasa sakit lagi, selamba badak je ajak umi pergi pusing-pusing Pasar Payang dulu. Pergi awal pun bukan terus bersalin kan? Umi cuak-cuak je nak bawak. Bahaya katanya. Tapi aku buat-buat request nak mkn jeruk. Umi pun pasrah.

Admission room.

Dipendekkan cerita, dlm pukul 12 kot kitorang pergi serah diri sebab umi cakap bahaya biar lama-lama. Takut jadi pape kat baby katanya. Kali ni aku pulak pasrah.

Teruja nak bersalin kat HSNZ ni sebab wad bersalin bangunan baru. hehe. Memang sangat-sangat selesa. Mula-mula sampai aku daftar kat admission room dulu. Disebabkan aku masih sihat dan sangat aktif ke hulu hilir sampai makcik tu cakap “awak ni betul ke nak bersalin?” haha.

Masuk lam admission room tu, alhamdulillah dapat doktor pelatih perempuan, baikkk sangat. Masa tu jalan baru 2cm. Then doktor siapkan borang utk masuk wad. Masa tu masih lagi tak rasa sakit. Tepuk pipi sendiri sebab takut la mimpi kan. hehe. Suami sampai dlm pukul 2 lebih camtu.

Dalam pukul 5 lebih aku dapat katil. Lepas tu nurse mula buat CTG. Bacaan tak comel katanya sebab lapar. Dia suruh pergi mkn dulu then nanti datang balik. Mujur umi ada belikan nasi kukus. Mula-mula gigih tolak, sebab kenyang konon. hehe. Mekaseh umi. I love u. U are the best.

Lepas mkn nurse pun ajak ulang buat CTG, alhamdulillah okey, Cuma nurse cakap tak nak cek jalan ke? Sakit dah 1:10 ni. Aku cakap tak pe la dulu, tak sakit sangat lagi. haha. Tak nak laaa aku. Buat sakit je. Tunggu sakit betul-betul baru aku menyerah.

Mula contraction.

Contraction start selepas isya’. Lepas sembahyang maghrib tu okey lagi berwasap-wasap dgn suami. Dlm pukul 9 lebih macam tu contraction datang sekejap-sekejap. Lepas tu yg aku perasan kalau turun tanda darah ni dia asyik nak terkencing. Sampai aku takut nak minum air sebab malas nak gi toilet.

Pukul 10 lebih dah tak tahan sangat, cek jalan baru 4cm. Mknya sambung berhuhu kat katil sambil ulang baca doa Nabi Yunus. Allah je yg tau sakit camane masa tu. sampai la pukul 2 pagi, nak lelap memang tak blh. Pergi cek jalan dah 6cm. Alhamdulillah sangat.

Lepas tu masa nurse mintak baju baby, kelam kabut oi, sebab nak jalan tak blh. Nurse yg tolong ambil. Nasib baik dah asing siap-siap.

Masuk labour room nombor 8 masa tu. hehe. Ingat lagi sebab dengar nurse tu jerit. ” Ni staff, hantar nombor 8″. Ceh, staff la sangat. Lepas tu bermula episod paling aku tak suka. Masuk branula kat tangan. Memang tak suka sebab pergerakan macam terhalang gitu. Lepas cek semua doktor cakap “Ready, dlm pukul 6 dia bersalin.”

————————————————————————————————

1479197760621255B1255D - Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Tapi kuasa Allah tu besar, dia tak nak aku sakit lama-lama. Pukul 3.16am lahirlah khalifah Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Nur Aira Sofea binti Mohd Zainuddin dgn berat 3.51kg. Semangat betul anak mama ye. Semoga Aira menjadi anak yg solehah dan menyenangkan hati semua orang. Aminn…


Loading...

Tags: #Anak #Bersalin #Hospital #HSNZ #Kedua #Pengalaman #Sultanah #Zahirah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)"