Penempatan, jumlah penjawat awam perlu dikaji semula elak pembaziran – PM

81552361457 tunmahathir 1 - Penempatan, jumlah penjawat awam perlu dikaji semula elak pembaziran - PM

KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad utk melaksanakan pengecilan saiz penjawat awam tidak bererti akan berlaku pengurangan peluang pekerjaan.


Beliau menegaskan Dasar Penswastaan yg dilaksanakan pd thn 1983, merupakan satu strategi yg masih relevan pd masa kini sekaligus mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti penjawat awam.

“Kita dpti strategi ini masih relevan bg menangani isu jumlah anggota perkhidmatan awam yg dilihat terlalu besar dan memberikan implikasi kewangan yg membebankan. Penumpuan harus diberikan kepada peningkatan produktiviti dan penggunaan sumber tenaga secara optimum.

“Ke arah ini, Kerajaan sedar bahawa apabila kita kurangkan saiz maka akan berlaku pula masalah tidak bekerja, dan ini akan menimbulkan masalah sosial. Sebab itu kita perlu bangunkan bidang pembuatan umpamanya supaya lebih ramai yg blh berpindah drpada bekerja dgn Kerajaan kepada kerja dgn swasta.

“Ini sekaligus akan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil kerja mereka lebih tinggi drpada menjadi pegawai biasa dlm Kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sbg menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yg bertanyakan apakah rasional cadangan Dr Mahathir utk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Kerajaanakan memastikan mereka yg terbabit dgn pengecilan saiz penjawat awam itu akan disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain.

Ia termasuk penyediaan pelan holistik bg menjamin transisi tersebut tidak memberi kesan kepada perjalanan atau pengurusan negara.

“Sektor awam sewajarnya memfokus kepada penyediaan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan dan tidak terlibat secara aktif dlm aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.

“Dengan perkembangan teknologi terkini, Kerajaan percaya perkhidmatan awam akan lebih produktif apabila duplikasi dpt dikurangkan, pembaziran dihapuskan, pengagihan sumber dilaksanakan dgn cekap dan guna tenaga diganti dgn penggunaan teknologi maklumat serta komputer,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Loading...

Tags: #Awam #dikaji #Elak #jumlah #pembaziran #Penempatan #Penjawat #Perlu #Semula

author
Author: 
    Dikecam Rakyatnya, Raja Thailand Asyik Isolasi Diri Sambil Pesta Dgn 20 Selir di Jerman!
    slidegossip.com – Berbagai cara dilakukan orang-orang utk mengisolasi diri dr virus corona atau
    Nikita Mirzani Ngaku Masih Mau Layani Nafsu Dipo Latief Usai Mereka Ribut di Apartemen!
    slidegossip.com – Persidangan lanjutan kasus Nikita Mirzani berlangsung panas karena sempat terjadi cekcok
    Satu Lagi Artis Meninggal Karena Corona! Istri Dilarang Bertemu dan Lihat Jenazahnya!
    slidegossip.com – Di tengah mewabahnya virus corona atau covid-19, kabar duka kembali datang
    Tarif Endorse Muzdalifah Rp 450 Juta Per-Foto? Nia Ramadhani Langsung Tercengang!
    slidegossip.com – Meski tak terjun ke dunia artis, sosok Muzdalifah tak pernah luput

    Leave a reply "Penempatan, jumlah penjawat awam perlu dikaji semula elak pembaziran – PM"