Pendidikan Sivik tidak bebankan guru, murid – Maszlee

A9F1BAEA C76F 4B22 80EE 558C9A8383E2 - Pendidikan Sivik tidak bebankan guru, murid - Maszlee

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah rendah dan sekolah menengah yg bermula Jun lps tidak menjadi beban kepada guru dan murid.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian akan cuba mengelak berlakunya pertambahan waktu dgn memasukkannya dlm beberapa subjek di sekolah.


“Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Sivik, KPM telah menetapkan Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu jam pd minggu keempat setiap bln.

“Ia dimasukkan dlm waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Kita cuba mengelakkan berlakunya pertambahan waktu yg kemudiannya menjadi beban kepada para guru dan murid.

“Anak-anak kita di pra-sekolah pula akan diajarkan pendidikan sivik selama 30 minit dan dlm masa sama, Pendidikan Sivik turut dilaksanakan dlm perhimpunan dan aktiviti kokurikulum,” katanya.
Beliau berkata demikian dlm ucapan pd Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di Dewan De’ Seri Endon di sini pagi tadi yg disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.


Tambah Maszlee, guru juga diberi ruang utk melaksanakan Pendidikan Sivik secara kreatif mengikut keperluan dan kesesuaian di dlm kelas.

“Pihak KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik dan membangunkan Modul Exemplar Pendidikan Sivik, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dlm Kokurikulum.

“Ia utk membantu guru melaksanakan pendidikan sivik seperti yg dihasratkan,” ujarnya.
Dalam pd itu, beliau berharap melalui pendekatan diterapkan kementerian, KPM menyasarkan majoriti rakyat Malaysia yg berjiwa dan berminda sivik dpt dilahirkan menjelang 2030.

“Harapan saya jelas, iaitu utk menyedarkan masyarakat bahawa Pendidikan Sivik bukan menjadi tugas sekolah semata-mata tetapi semua pihak perlu mendokongnya secara bersama.

“Keterlibatan masyarakat dlm menjayakan pembudayaan kesedaran sivik ini amatlah penting bg merealisasikan hasrat murni kerajaan,” katanya.

Katanya lagi, pendidikan sivik dilaksanakan bg membentuk perwatakan murid dgn memberi penekanan kepada nilai-nilai penting yg positif.

“KPM amat mengharapkan pembudayaan pendidikan sivik ini menerima sokongan padu drpada segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Loading...

Tags: #bebankan #Guru #Maszlee #Murid #Pendidikan #Sivik #tidak

author
Author: 
    Seperti Kisah Sangkuriang, Ibu Ini Menikahi Anak Kandungnya Sendiri Setelah Sang Suami Meninggal!
    slidegossip.com – Kisah Sangkuriang yg mencintai ibu kandungnya sendiri, ternyata juga terjadi di
    Istri Kerja Kumpulkan Uang Buat Beli Rumah, Suami Malah Asyik Selingkuh Dgn Ibu Mertua!
    slidegossip.com – Kelakuan pria ini benar-benar tak punya malu. Di saat istri kerja
    Anak Durhaka! Ibunya Mau Shalat Tahajud Malah Dibunuh dan Langsung ke Masjid Umumkan Kematian Sang Ibu!
    slidegossip.com – Seorang ibu berinisial Es yg merupakan warga Desa Tumbang Sangai, Kecamatan
    Bulan Madu Berakhir Tragis! Ibu Kandungku Tega Merebut Suamiku, Ibuku Hamil dan Menikahi Suamiku!
    slidegossip.com – Apa yg dialami wanita cantik ini semoga tak dialami oleh perempuan

    Comments are closed.