Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

Loading...

Untitled design 31 7 1 - Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

Selesai menikmati juadah utama, pasti anda terasa puas jika dpt menikmati pencuci mulut yg manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yg pasti memuaskan citarasa selera anda.

Tiga resipi berikut ini adalah dr Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti blhlah cuba…

1.ENGLISH TRIFFLE

Untitled design 22 15 - Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek span vanila :

  • 7 biji telur
  • 100 ml susu penuh krim
  • 350 gm gula halus
  • 1 sudu mkn esen vanila
  • 40 gm ovallete
  • 330 gm tepung naik sendiri
  • 175 ml minyak masak

Bahan jeli :

  • 25 gm serbuk jeli perisa strawberi
  • 1 liter air panas

Bahan krim kastad :

  • 500 ml susu penuh krim
  • 30 gm tepung kastad
  • 3 biji kuning telur

CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila:
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4. Bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak.
Cara masak jeli :
1. Kacau air panas bersama serbuk jeli sehingga larut.
Cara masak krim kastad :
1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih.
2. Larutkan kuning telur dgn tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air utk melarutkan tepung kastad.
3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau sehingga masak sehingga tiada ketulan.
Cara membuat lapisan English Triffle :
1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dlm cawan.
2. Potong hirisan buah ikut citarasa.
3. Tuang jeli yg masih panas tadi ke dlm cawan.
4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dlm peti ais.
5. Setelah sejuk ia sedia utk dihidangkan.

INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dr Britain.

Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yg digemari semua.

2. Tiramisu Cake

Untitled design 27 12 - Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

BAHAN-BAHAN:

Bahan kek vanila span :

  • 17 biji telur
  • 100 gm susu penuh krim
  • 350 gm gula
  • 1 sudu mkn esen vanila
  • 40 gm ovallete
  • 330 gm tepung naik sendiri
  • 175 ml minyak masak

Bahan utk krim mentega :
Meringue:

  • 100 ml putih telur
  • 50 gm gula
  • Air gula :
  • 70 ml air
  • 125 gm gula
  • 500 gm mentega

Bahan air sapuan perisa kopi:

  • 300 ml air panas
  • 200 gm gula
  • 2 sudu mkn kopi (nescafe)
  • * Campur semua dan kacau sehingga sebati.

Bahan utk krim tiramisu :

  • 250 gm keju mascarpone
  • 5 biji kuning telur
  • 300 gm krim mentega (hasil dr resipi krim mentega)
  • 150 ml krim masakan

CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila :
1.Pukul telur sehingga kembang.
2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi sehingga kembang.
3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4.Bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak.
Cara masak krim mentega (butter cream) :
1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula sehingga kembang.
2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat.
3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji.
4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 sehingga 10 minit.
Cara masak krim tiramisu :
1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan krim mentega dan kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra.
Cara membuat kek tiramisu


1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yg digunakan.
2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek
3. Ulangi langkah tadi sekali lagi sehingga lapisan terakhir.
4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Tiramisu diambil dr bahasa Itali yg bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dr negara Itali.

Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ia blh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dlm peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dlm tiramisu ini

3. PANNA COTTA JELLY KISMIS

Untitled design 30 8 - Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu mkn air panas.
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 sudu teh pati atau esen vanilla

Bahan utk puri kismis :

  • 1/2 cawan kismis /dikisar
  • 1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
  • Sedikit air /cukup sekadar utk dikisar

CARA MEMASAK :
1. Masukkan gelatin ke dlm air panas.
2. Kacau dan biarkan ia mengembang.
3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dgn gula dgn api yg sederhana sehingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
4 .Tuangkan ke dlm bekas atau gelas yg sesua
5 .Sejukkan dlm peti ais lebih kurang 45 minit.
6 .Sementara itu, sediakan puri kismis
7. Kisar kismis sehingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air
8. Kacau sehingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi
9. Sejukkan semula dlm peti sejuk selama 5 minit
10. Sedia utk dinikmati

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 1 jam
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Manis dan enak berkrim

INFO CHEF : ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dr Itali. Ia bermaksud krim yg dimasak. Selain puri kismis blh digantikan dgn buah-buahn beri seperti strawberi.

Komen anda

Loading...

Tags: #anda #Dari #Dingin #Enak #Hotel #Kini #Milik #Mulut #Pencuci #Peti #Resipi #sejuk

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…"