Pencipta Lagu Malu Apa Bossku Mahu Jumpa Najib Dan Minta Maaf.

Pernah lantang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa usul periksa sewaktu beliau mentadbir negara, pencipta lagu rap ‘Malu Apa Bossku’ mahu bertemu bekas Perdana Menteri itu utk memohon maaf lapor Utusan Online hari ini.

MaluBApaBBossku - Pencipta Lagu Malu Apa Bossku Mahu Jumpa Najib Dan Minta Maaf.


Menggelarkan dirinya Kalam Biru, anak muda dr Sungai Besar itu berkata, dia berasa amal kesal kerana membenci dan mengkritik Najib melalui lagu-lagunya sebelum ini.

“Saya rasa kesal kerana lagu-lagu yg saya cipta sebelum ini digunakan utk mengkritik dasar kerajaan dahulu dan bekas Perdana Menteri tanpa menyelidik perkara sebenar terlebih dahulu,” katanya.

Mengambil fenomena ungkapan Malu Apa Bossku yg diungkapkan Najib, Kalam Biru menghasilkan sebuah lagu rap yg kini sudah mendapat lebih 104,000 kali jumlah tontonan di YouTube.

Jelas Kalam Biru, idea utk mengadaptasikan ungkapan Najib itu menerusi lagu adalah bg menyampaikan mesej isu semasa yg gagal ditangani kerajaan sekarang.

“Lagu berdurasi satu minit 23 saat yg tular di media sosial itu sebenarnya hanya mengambil masa dua jam utk dihasilkan.

“Bagaimanapun, itu hanya sebahagian drpada lagu asal yg berdurasi kira-kira tiga minit,” katanya.

Katanya, sebahagian lagu itu tidak disiarkan lagi kerana perlu mencipta irama dan penceritaan isu semasa dgn lebih baik agar dpt memberikan kesan lebih mendalam kepada pendengar. – 7 Februari 2019.

Loading...

Tags: #‘BOSSKU’. #Jumpa #lagu #Maaf #Mahu #Malu #Minta #Najib #Pencipta

author
Author: 
    Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..
    GOSIP SOSMED | Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9.  Malam ni seperti biasa akan
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12 : Drama terbaru yg akan

    Leave a reply "Pencipta Lagu Malu Apa Bossku Mahu Jumpa Najib Dan Minta Maaf."