“Pemergian Yg Dicemburui,” Meninggal Dunia Hari Jumaat Pertama Ramadan, Pemuda Ini Rebah Ketika Laungkan Azan

Loading...

pemergian - “Pemergian Yg Dicemburui,” Meninggal Dunia Hari Jumaat Pertama Ramadan, Pemuda Ini Rebah Ketika Laungkan Azan
Meninggal dunia ketika sedang melakukan ibadah adalah salah satu perkara yg diidamkan setiap umat Islam. Sedang kita sibuk mengejar redha Illahi dan ketika itu malaikat menyabut nyawa kita pasti akan menjadi kematian yg dicemburui.

Begitulah kisah seorang pemuda yg menghembuskan nafasnya yg terakhir ketika sedang melaungkan azan utk solat Jumaat. Perkara ini diceritakan sendiri oleh sahabat beliau yg disampaikan oleh ahli keluarga arwah.

Sahabat arwah yg bernama Muhammad Izzan berkongsi perasaan sedih beliau melihat dgn mata kepalanya sendiri Amirul rebah dan pergi menghadap Illahi.

Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dgn cara Allah mengambilmu.

Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pd saya. Ramai orang tahu yg dia kawan rapat saya.

Gambar kami yg beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.

Amirul yg saya kenali,

Dia seorang yg sangat meminati bacaan Al-Quran saya, sehinggakan bila saya mengaji dlm kereta pun, dia pasti akan rakam. Dia seorang yg byk membantu orang. Dia seorang yg ceria. Mudah didekati.

Dia seorang yg sentiasa gigih dlm apa yg dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yg betul ketika azan. Sehingga dpt, dia usahakan.

Semalam hari yg saya rasa seolah mimpi.

Amirul, kau telah pergi selamanya. Bertemu Allah dlm keadaan kau sedang mengalunkan azan Jumaat. Jemaah melihat hal ini. Menjadi saksi mulianya kau menghadap Sang Pencipta.

Gelak tawa, susah senang dan memoriku bersama kau Mirul, tak kan sesekali dilupakan. Aku yakin kau juga senang bersama aku. Allah pinjamkan 3 thn utk kita saling mengenali. Moga kita tergolong dlm apa yg dijanjikan Allah menerusi sebuah hadith,

إن الله يقول يوم القيامة : أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظلَّ إلا ظلِّي.

Nabi saw berkata, sesungguhnya Allah akan berkata di hari akhirat kelak : Di mana mereka yg saling berkasih kerana keagunganKu? Hari ini Aku naungi mereka dgn naunganKu. Dan hari ini tidak ada naungan melainkan naunganKu sahaja.

Banyak lagi kalau saya hendak tulis tentang Amirul. Namun linangan air mata lebih pantas dr jari yg mencatit.

‘Izzan,
Temanmu Amirul.

Sumber: Muhammad Izzan

The post “Pemergian Yg Dicemburui,” Meninggal Dunia Hari Jumaat Pertama Ramadan, Pemuda Ini Rebah Ketika Laungkan Azan appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #“Pemergian #Azan #Dicemburui” #Dunia #Hari #Jumaat #ketika #Laungkan #meninggal #Pemuda #Pertama #Ramadan #rebah

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Comments are closed.