Pembubaran STAFOC, Ini Pandangan Abang Polis..

Loading...

Salam semua..

1. Saya terpanggil utk mencoretkan sedikit kata dlm isu ini. Apatah lagi saya memang berada dlm jabatan yg berkenaan. Utk makluman, SAK merupakan sahabat saya dan kami saling mengenali sejak sama sama menuntut di Uitm dahulu. Dia tahu saya dan saya tahu dia. Izinkan saya sahabat utk berbeza pendapat sedikit mengenai pembubaran STAFOC/STAGG ini.

Jenayah 1 - Pembubaran STAFOC, Ini Pandangan Abang Polis..

2. Terlebih dahulu saya ingin mememetik peribahasa Melayu yg mungkin dpt memberikan lebih pecernaan dlm isu ini, ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul’, dan ‘hanya jauhari yg mengenal manikam.’

3. Jadi isu ‘TOO MANY COOKS SPOIL THE SOUP’ sebenarnya tidak relevan. Masalahnya, ‘THERE ARE NOT MANY COOKS’

4. Tuntutan tugas dlm Jabatan Siasatan Jenayah adalah tinggi, apatah lagi sekiranya tugas taktikal yg pastinya memerlukan personel terlatih bukan sahaja dr sudut serbuan dan tangkapan, malah drpada sudut risikan dan perundangan juga perlu di ambil kira bg memastikan kejayaan sesuatu operasi. Kita blh ambil contoh Ops Cantas yg telah melaksanakan prosedur SOSMA suatu masa dahulu. Bg mereka yg mengikuti perkembangan, pasti tahu kejayaan- kejayaan yg dicapai dan saya yakin masyarakat menyukai dan kami berbangga melaksanakannya.

5. Proses perlaksanaan sesuatu operasi kadang kadang memerlukan keputusan segera. Mudah dan cepat jika STAFOC/STAGG yg berada dibawah bumbung sama utk dipanggil bekerja dgn satu kepala dan bahasa yg sama, drpada terpaksa melaung ke Bukit Aman memanggil VAT69 atau UTK yg sudah tentunya mempunyai pelbagai prosedur dan tuntutan tugas mereka yg lain. Oleh itu lebih efisyen sekiranya team yg sebegini dimiliki dan ditadbirkan oleh jabatan yg berkenaan

6. Dikhabarkan juga STAFOC/STAGG telah mengambil alih tugas dan tanggungjawab JSJ Kontinjen. Beginilah, kami bekerja dibawah lambang yg sama. Wujudnya satu entiti yg sama fungsi bukan utk menjahanamkan tetapi adalah utk menguatkan. STAFOC/STAGG bukannya wujud sekelip mata mcm cerita 1001 malam. Terlalu byk proses rundingan dan perdebatan serta justifikasi yg telah dibentangkan bg menzahirkan pasukan ini. Oleh itu kena betulkan cara ramuan ramuan ini digaul, barulah terhasil aroma yg sedap dan indah. Bila emosi dan iri jadi taruhan, maka hilanglah kesatuan. Bak kata pepatah moden yg sering viral di instagram, ‘Benda blh runding, buat apa kasi pecah’.

7. Sebenarnya byk lagi justifikasi keperluan STAFOC/STAGG yg blh diutarakan. Namun bg kami, arahan tetap arahan. Kesetian kami kepada pucuk pimpinan, raja dan negara tiada tolok bandingannya. Kami Pejuang Pejuang Sang Saka Biru akan tetap berkhidmat utk masyarakat dan negara, biarpun semasa susah, biarpun semasa aman.

SAC FADZIL AHMAT
KJSJ Selangor
27/4/19

Sumber : A.Syahril Kadir.

Loading...

Tags: #'Polis #Abang #Pandangan #Pembubaran #STAFOC

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Comments are closed.