Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

guru duka lara 1 - Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Hanya tiga negeri di Se­menanjung masih mem­­punyai kekoso­ngan utk menempat­kan guru-guru yg me­ngajar di Sabah dan Sarawak.

Menurut pegawai khas yg mengendalikan penempatan gu­ru-guru di Kementerian Pendidikan, tiga negeri tersebut adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Jelas beliau yg enggan namanya di­dedahkan, walau ba­gaimanapun guru-guru yg berminat perlu menepati sya­rat yg ditetapkan kementerian iaitu telah berkhidmat antara lima sehingga tujuh thn.

“Kita mengakui memang ramai guru yg ingin pindah dan mengajar di Semenanjung tetapi tiada penempatan di sini terutama di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Empat negeri ini hampir 100 peratus telah diisi dgn guru yg memang berasal dr situ.

“Jika mereka tetap ingin ke empat negeri tersebut, keutamaan diberikan kepada guru-guru yg telah ber­khidmat sekurang-kurangnya antara 10 sehingga 13 thn atau 153 bln. Kita cuba ikhtiar dan bantu mana yg blh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Laporan eksklusif Utusan Malaysia hari ini memaparkan kisah menyayat hati seorang guru muda, Afif Zulfathi Jaafar, 28, yg mengajar di Belaga, Sarawak tidak sempat menatap wajah terakhir ibunya yg meninggal dunia tengah hari semalam.

Beliau yg mengajar mata pelajaran Matematik di sebuah sekolah di pedalaman Be­laga itu hanya menge­tahui ibunya meninggal dunia selepas beberapa jam menerusi rakan guru yg lain yg datang menggunakan perahu.

Jelas pegawai khas terbabit, guru-guru yg menepati syarat blh mengisi borang pertukaran utk dipertimbangkan.

Katanya, proses pertukaran guru-guru akan dilakukan dua kali setahun iaitu pd setiap Jun dan Disember.

Sumber: Utusan

loading…

Loading...

Tags: #Duka #Guru #Lara #Masih #Peluang #Pulang #Semenanjung

author
Author: 
    Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..
    GOSIP SOSMED | Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9.  Malam ni seperti biasa akan
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12 : Drama terbaru yg akan

    Leave a reply "Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada"