Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yg meminati seni lukisan ini adalah peluang utk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpur. Art In The City adalah kempen yg akan menampilkan 14 karya seni dr pelukis ulung tanah air dan akar umbi yg cinta kepada lukisan.

Selalu orang kurang minat melawat galeri seni dan muzium tapi kali ini mereka bawakan seni itu kepada rakyat agar blh dipertontonkan dgn cara membuat mural di bangunan yg terpilih. Ini akan mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dgn penampilan karya seni dan menjanjikan sebuah pengalaman visual seni dr cara yg lain.


Selain dr itu juga kempen ini akam membawa persembahan kebudayaan secara percuma, program mentor serantau, forum seni visual, bengkel seni dan pameran seni visual. Ini semua akan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesenian dan kebudayaan tempatan juga Kuala Lumpur akan dikenali sbg hab budaya di Malaysia.



Baru-baru ini majlis pelancaran kempen Art In The City telah diadakan di Jenerator KL Citywalk. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Pesekutuan yang sudi merasmikan kempen tersebut. Kempen ini adalah usahasama diantara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan atau dikenali sbg CENDANA.




Kempen ini melibatkan beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur yg menjadi tumpuan orang ramai dan kawasan yg bersebelahan dgn galeri seni dan muzium. Di antaranya badan swasta dan kerajaan yg terlibat dlm usaha murni ini adalah Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan dan KL Hop-On-Hop-Off.
Kenali 13 Artis Dan Karya Seni Terpilih
Sebenarnya kempen ini telah bermula dr awal thn ini lagi dimana artis tempatan dipanggil utk menyerahkan karya seni mereka yg bertemakan Malaysia utk di nilai oleh panel profesional. Setelah semua proses itu berakhir dan 14 karya seni terpilih drpada artis seperti Suzi Chua, Brindha Kumar, Smantha Cheah, Syamsul Addenno, Nor Aziela Binti Ahmad, Natasha Iman Binti Muhamad Razib, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, Muhammad Najib Bin Tumrin dan Jin Chung.
![]() |
Suzi Chua karya bertajuk Gentle Giant |
![]() |
Smantha Cheah karya bertajuk Be With Me, Brave Heart |
![]() |
Natasha Iman Binti Muhamad Razib karya bertajuk KUEH |
![]() |
Syamsul Addenno karya bertajuk Silent Unity |
Selain itu, paparan luaran yg dijayakan dgn bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan empat karya seni drpada artis legenda seperti Dato’ Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah. Antara nama dan lukisan karya yg terpilih adalah berilhamkan drpada pendulang biji timah yg akan dilukis di bangunan Wisma Maran. Lps itu gambar kanak-kanak sekolah dan gambar pandangan kamera sekumpulan kanak-kanak sekolah ketawa yg akan dilukiskan di bangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala karya bertajuk Genting ini pula akan dilukis di bangunan Balai Seni Negara.
![]() |
Karya bertajuk 1 Malaysia |
![]() |
Karya bertajuk Pusaka |
![]() |
Karya bertajuk Culture Syok |
![]() |
Karya bertajuk Tapau |
Lagi ada karya sekor orang hutan yg bertajuk Gentle Giant akan dipamerkan di KL Citywalk. Lukis bertajuk Culture Syok akan di lukis di bangunan Bursa Malaysia Berhad. Juga karya dr Syamsul Addenno yg bertajuk Silent Unity akan dipamerkan dibangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala gambar bertajuk Be With Me Brave Heart, Tapau hasil karya Muhammad Najib, gambar bertajuk Pusaka, gambar tema 1 Malaysia, gambar tema Simpodium, gambar tajuk Stand Together dan KUEH semua ini pula akan dipamerkan di Digital Billboards.

Diharapkan usaha murni ini akan mengiktiraf hasil seni anak tempatan dan mendapat perhatian drpada masyarakat luar sana bahawa kita mampu menghasilkan hasil seni yg bertaraf dunia. Juga ini akan menjadi Kuala Lumpur lebih indah dan lebih dikenali oleh pelancong dr dlm dan luar negara. Korang dah blh start tengok dan bergambar dgn semua karya ini di lokasi yg dinyatakan.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Art In The City layari :-
Laman Web : www.cendana.com.my
Tanda pagar rasmi : #CENDANAMalaysia
#ArtInTheCityKL
Tags: #City #Iaitu #Kuala #Luar #Lumpur #PAMERAN #Paparan #PELANCARAN #SECARA #Sekitar #Seni #Visual