Pelakon filem Captain Marvel, Brie Larson adalah antara yg menyokong utk Marvel Studios menerbitkan watak superhero LGBT. Bercakap dlm satu temubual, pelakon itu menyatakan bahawa tidak ada sebab utk membezakan LGBT dgn superhero lain dan menggesa supaya filem dgn superhero sebegini akan ada di masa hadapan.

Terdahulu, Brie Larson membintangi filem Captain Marvel dan kemudiannya terlibat dlm filem Avengers: Endgame yg kini sedang ditayangkan di pawagam.
Sebelum ini, watak Valkyrie drpada filem Thor: Ragnarok disahkan sbg watak LGBT walaupun tidak dipaparkan secara jelas di dlm filem. Keinginan Marvel Studios utk memasukkan watak sebegini sbg bukti bahawa adanya kesamaan antara manusia mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton.
Apapun, Avengers: Endgame kini di pawagam.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Tags: #Captain #Gesa #LGBT #Marvel #pelakon #Percepat #Superhero #Terbitkan