Pelajar Wanita Islam Mencuri Perhatian Media Barat Apabila Enggan Berjabat Tangan Presiden Jerman

Loading...

Salam 1 - Pelajar Wanita Islam Mencuri Perhatian Media Barat Apabila Enggan Berjabat Tangan Presiden Jerman

Detik-detik janggal yg sempat dirakamkan antara seorang pelajar wanita Islam dan Presiden Jerman, Joachim Gauck baru-baru ini.

BERLIN: Seorang pelajar wanita Islam mencuri perhatian media Barat apabila dia enggan berjabat tangan Presiden Jerman, Joachim Gauck ketika pemimpin itu mengadakan lawatan ke sebuah sekolah baru-baru ini.

Lawatan khas Gauck ke Sekolah Theodor Heuss di Offenbach itu merupakan usaha beliau menghargai pelajar tempatan kerana dapat menerima kehadiran pelajar migran dgn baik.

Dalam kejadian itu, Gauck tiba ke sekolah terbabit dgn menaiki kenderaan rasmi sebelum disambut oleh sekumpulan pelajar yg berbaris di pintu masuk sambil memegang papan tanda yg mengalu-alukan kedatangan beliau dlm bahasa Jerman dan Arab.

Kemudian guru yg mengiringi Gauck memperkenalkan setiap pelajar yg berbaris sambil Presiden berkenaan bersalaman dgn mereka.

Namun apabila Presiden itu tiba di depan gadis bertudung tersebut, pelajar Islam itu enggan bersalam sebaliknya meletakkan tangan di dada dan tunduk sbg tanda hormat kepada Gauck.

Menyedari perkara itu, Gauck sebaliknya tersenyum dan terus bersalam dgn pelajar lain.

Media rasmi Jerman mengabaikan detik janggal tersebut sebaliknya memberi tumpuan kepada sambutan yg diterima oleh Presiden atas usaha beliau memastikan kumpulan migran dapat berintegrasi dgn baik dlm kalangan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, beberapa media alternatif seperti Mail Online, The Sun UK dan lain-lain menyiarkan kejadian berkenaan dlm laporan mereka dgn menyifatkan insiden itu sbg memalukan Gauck.

Namun rata-rata penduduk Jerman sedia maklum tentang larangan orang Islam utk bersentuhan dgn orang yg bukan mahram mereka.

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/12/20/jerman-salam/

ScreenBShotB2017 05 24BatB12.09.54Bam 9 - Pelajar Wanita Islam Mencuri Perhatian Media Barat Apabila Enggan Berjabat Tangan Presiden Jerman
Loading...

Tags: #Apabila #barat #Berjabat #Enggan #Islam #Jerman #Media #Mencuri #Pelajar #Perhatian #Presiden #Tangan #Wanita

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Leave a reply "Pelajar Wanita Islam Mencuri Perhatian Media Barat Apabila Enggan Berjabat Tangan Presiden Jerman"