Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba

Loading...

Ariff Amir Ali cipta peranti anti dera bernama 160919 1 1 - Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya Digital Ninja di #mydigitalmaker Fair 2019.

KUALA LUMPUR: Siapa sangka pelajar berusia 14 thn blh membangunkan peranti inovatif yg mungkin dpt menangani isu sejagat seperti penderaan kanak-kanak dan pencegahan strok haba.

Pelajar Tingkatan 2 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Ariff Amir Ali, kini bekerja keras utk menyiapkan rekaannya itu, sebuah prototaip utk membantu membendung kes penderaan kanak-kanak dan strok haba.

Menurut Ariff, penyiaran berita tentang insiden kurang menyenangkan itu memberi dorongan kepadanya utk cuba mencari penyelesaian, yg membawa kepada penciptaan 2 peranti prototaip, iaitu Projek H (penderaan kanak-kanak) dan Projek H 2.0 (strok haba).

“Peranti antipenderaan berfungsi sbg peranti amaran kecemasan, yg mana apabila kamu menjerit kepadanya, peranti itu akan menyalurkan amaran kepada pihak berkuasa dan orang tersayang dlm masa 3 saat.

“Sementara itu, peranti antistrok haba pula akan dilengkapi sensor denyutan jantung dan sensor suhu, kamu perlu melilitkannya di sekeliling lengan utk mengesan kelesuan haba,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pd #mydigitalmaker Fair 2019 baru-baru ini.

Menurut Ariff, kedua-dua prototaip itu yg diciptanya dlm masa kurang dr setahun menggunakan teknologi Internet Benda (IoT), merupakan rekaan berbentuk sarung mirip jam tangan pintar dan ketika ini sedang diperincikan.

“Terdapat kemungkinan saya akan menggabungkan kedua-dua prototaip ini, memasukkan lebih byk ciri dan mencipta peranti keselamatan semua dlm satu di masa depan,” katanya.

Menegaskan idea inovatif itu diperolehnya menerusi pembacaan teliti, Ariff berkata dia menyepadukan pelbagai kemahiran pembuatan digital dlm mereka cipta prototaip itu seperti pengekodan, pengaturcaraan, reka bentuk kejuruteraan dan pemikiran komputasional.

Antara pencapaian cemerlang yg diraihnya termasuk naib juara “World of Robotic Championships”, tempat pertama dlm Intel Aspire Minds Challenge dan pingat perak bg Asian Youth Innovation Award.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahkan minat mendalamnya terhadap pengekodan dan robotik mula berputik sejak dia berada di Thn 4 melalui penyertaan dlm kem robotik, anjuran sekolahnya, dan Digital Ninja di bawah program #mydigitalmaker Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Loading...

Tags: #Cipta #dera #haba #Pelajar #peranti #strok #tangani #Tingkatan

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Comments are closed.