Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

FB IMG 1555827702150 1 - Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Nor Farhatul, pelajar SMAP Labu muncul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Nor Farhatul Fairuzah Panut, pelajar Tingkatan Enam dlm bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, muncul johan Kategori Tilawah (Wanita) pd Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi.

Qariah berusia 19 thn itu memperoleh 87.05 peratus markah. Selaku johan beliau menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Dipetik BH Online, Nor Farhatul Fairuzah berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sbg tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

“Ibu pernah menunaikan umrah tetapi kali ini, saya mahu membawanya menggunakan wang kemenangan malam ini (tadi). Beliau adalah insan byk menyokong selain arwah ayah, Panut Markom yg meninggal dunia pd 2017.

“Selain itu, saya mahu menyimpan hadiah kemenangan utk kegunaan melanjutkan pengajian pd masa depan,” kata beliau.

Bagi menghadapi pertandingan itu, Nor Farhatul Fairuzah yg juga anak bongsu drpada lima beradik berkata, beliau byk melakukan latihan, terutama selepas setiap solat fardu.

“Saya mengamalkan membaca al-Quran selama 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas sembahyang subuh utk ‘memecahkan suara’.

“Saya juga tidak mengambil minuman berais utk menjaga suara,” katanya.

Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil, 40, mengungguli Kategori Tilawah (Lelaki).

Seramai 74 peserta dr 41 negara mengambil bahagian dlm majlis tilawah kali ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Sumber foto: kosmo.com.my


Loading...

Tags: #ALQUR'AN #AntaraBangsa #Farhatul #Johan #Labu #Menghafaz #Pelajar #Peringkat #SMAP #Tilawah

author
Author: 
    Seperti Kisah Sangkuriang, Ibu Ini Menikahi Anak Kandungnya Sendiri Setelah Sang Suami Meninggal!
    slidegossip.com – Kisah Sangkuriang yg mencintai ibu kandungnya sendiri, ternyata juga terjadi di
    Istri Kerja Kumpulkan Uang Buat Beli Rumah, Suami Malah Asyik Selingkuh Dgn Ibu Mertua!
    slidegossip.com – Kelakuan pria ini benar-benar tak punya malu. Di saat istri kerja
    Anak Durhaka! Ibunya Mau Shalat Tahajud Malah Dibunuh dan Langsung ke Masjid Umumkan Kematian Sang Ibu!
    slidegossip.com – Seorang ibu berinisial Es yg merupakan warga Desa Tumbang Sangai, Kecamatan
    Bulan Madu Berakhir Tragis! Ibu Kandungku Tega Merebut Suamiku, Ibuku Hamil dan Menikahi Suamiku!
    slidegossip.com – Apa yg dialami wanita cantik ini semoga tak dialami oleh perempuan

    Comments are closed.