Pelajar Malaysia Hampir Dimurtadkan Di Korea Selatan? Episod 1.

Loading...

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung

Pelajar Malaysia Hampir Dimurtadkan Di Korea Selatan? [Siri 1]

Artikel pendedahan kali ini agak panjang. Mohon sahabat baca sehingga habis kerana ia sangat penting dan sebarkan.
 

AjaranBUnificationBChurch - Pelajar Malaysia Hampir Dimurtadkan Di Korea Selatan? Episod 1.

 
Mutakhir ini byk gerakkan agama baru atau kultus (cult) yg kian tersebar di Malaysia. Bukan sahaja gerakkan dr ajaran sesat di dlm Islam sahaja, malah ada yg dr pecahan ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan juga pembentukkan agama baru yg kebanyakkan berasal dr luar negara.

Apabila ajaran ini sudah bertapak di Malaysia, sudah pasti misi utk menyebar luaskan ajaran baru mereka itu berlangsung di Malaysia samada secara sembunyi atau secara terang-terangan. Salah satu gerakkan yg difokuskan utk dibincangkan adalah Unification Church dr Korea Selatan.

Sejarah

Gerakkan keagaman ini diasaskan oleh Sun Myung Moon yg lahir pd 25 Februari 1920. Moon lahir di Provinsi Pyungan Bukedo yg kini termasuk di dlm wilayah Korea Utara. Beliau lahir dlm sebuah keluarga yg menganut kepercayaan Konfusianisme.

Beliau pd asalnya memiliki nama Mun Yong Myeong. Tetapi ketika beliau berumur 10 thn, keluarganya telah menerima agama Kristian dan menjadi ahli kepada Gereja Presbiterian. Lima thn setelah itu, dikatakan berlaku satu “peristiwa penting” pd 17 April 1935 dimana Mun Yong Myeong sedang bertapa di Gunung Myodo, lalu datang seorang lelaki yg dikatakan Jesus menjelma di hadapnnya dan memberitahu kepadanya:

“Kamu akan mewarisi seluruh misi aku, sebelum ini aku tidak dpt memenuhi ‘The Three Great Blessings’, jadi kamu mesti memenuhinya bg pihak aku”,

Jesus meminta Mun utk menyelesaikan tugas yg beliau sendiri belum dpt tunaikan kerana dirinya (Jesus) disalib.[1] Selepas beberapa tempoh Mun membuat pertimbangan dan berdoa kepada Tuhan, Moon nekad utk menerima dan menjalankan misi tersebut, lalu beliau menukar namanya kepada Sun Myung Moon (lebih dikenali sbg Moon).

Setelah dr peristiwa itu, Sun Myung Moon juga mendakwa telah beberapa kali secara sedar dia didatangi dan dipandu secara langsung oleh nabi Ibrahim, nabi Musa, Buddha dan juga nabi Muhammad sendiri.[2]

Pada 11 Mei 1954, Sun Myung Moon mula mengasaskan sebuah gereja bernama Holy Spirit Association for the Unification of World Christianity (HSAUWC) atau mereka sering dikenali sbg Unification Church.[3] Pd ketika itu mereka berjaya menarik ramai pengikut dr pelajar wanita di Ewha University yg menjadi milik kerajaan Korea dan denominasi Protestan. Setelah itu gerakkan mereka ditentang oleh Presiden Universiti tersebut disebabkan ramai yg terpengaruh dgn ajarannya dan disusuli dgn tekanan dr akhbar di Seoul yg menulis tentang kegiatan mereka.

Pada akhir 1950-an, Gerakkan ini mula menghantar pendakyah (misionari) antarabangsa pertama, seorang dihantar ke negara jiran Jepun pd thn 1958, manakala dua orang dihantar ke Amerika Syarikat pd thn 1959. Kedua negara ini merupakan antara negara yg menjadi ramai pengikutnya.

Sun Myung Moon telah mengahwini Hak Ja Han pd thn 1960, ketika itu Hak Ja Han berusia 17 thn (Sun Myung Moon 40 thn) di dlm upacara yg dinamakan ‘Holy Wedding Ceremony’. Ini merupakan perkahwinan yg kedua bg Sun Myung setelah bercerai dgn isteri yg pertama. Sun Myung Moon dan Hak Ja Han inilah individu yg kini sangat terkenal sbg gelaran Father Moon dan Mother Moon oleh pengikut mereka, mereka juga digelar sbg True Parents oleh ahli-ahli Unification Church. Keluarga mereka (bersama anak-anaknya) dikenali sbg keluarga sejati (True Family).

Hak Ja Han adalah orang yg mendokong kuat ajaran suaminya dan turut menjadi pengaruh utk menguatkan lagi kerja misionari terutama di dlm sayap wanita. Pd thn 1975, Unification Church berjaya menghantar pendakyahnya ke 120 negara utk menapak ajarannya di setiap negara. Pd thn 1984 Unification Church berjaya menubuhkan The Washington Times yg menjadi akhbar harian yg arus perdana di Amerika Syarikat.[4]

Setelah Unification giat berkembang dan menjadi kontroversi ditentang oleh Gereja Kristian, akhirnya pd 1996, gerakkan mereka menukar nama dr Holy Spirit Association for the Unification of World Christianity kepada The Family Federation for World Peace and Unification (FFWPU). Dgn membuang unsur kekristianan seperti perkataan Holy Spirit dan World Christianity.

Gerakkan mereka ini sebenarnya ditentang hebat oleh Kristian. Malah kebanyakkan buku dan penulisan Kristian dr denominasi Katolik, Protestan, Methodis yg lainnya tidak menganggap Unification Church adalah aliran di dlm Kristian. Ia adalah kultus (cult) agama baru yg tidak ada kena mengena dgn Kristian seperti ditulis di lapor The New York Times bertajuk REV. MOON’S CHURCH HELD NOT CHRISTIAN.[5] Begitu juga di dlm laman media Kristian yg lain seperti The Christian Post dan Christianity Today.[6]

Walaupun begitu, mereka tetap aktif menyebarkan fahamannya di dlm badan-badan kebajikan di atas nama “Peace” sehingga mewujudkan lebih 20 pertubuhan yg sangat aktif di seluruh dunia termasuk aspek politik, sukan, wanita dan pendidikan antaranya:

1) Universal Peace Federation (UPF)
2) Womens’s Federation for World Peace (WFWP)
3) Family Federation for World Peace and Unification (FFWP)
4) Inter Religious Federation for World Peace
5) Religious Youth Service (RYS)
6) International Interreligious Federation for World Peace (IIFWP)
7) World Culture and Sports Festival (WCSF)
8 ) World Association of Non Govermental Organizations (WANGO)
9) CAUSA
10) Professors World Peace Academy (PWPA)
11) Sun Moon University, Korea
12) International Educational Foundation (IEF)
13) Collegiate Association for the Research of the Principle (World CARP)
14) Service For Peace (SFP)
15) Youth Federation For World Peace (YFWP)

Selain itu byk lagi gerakkan-gerakkan mereka yg lain. Gerakkan dan pertubuhan inilah yg menjadi tambatan utk menyebarkan fahaman Unification Church.

Kepercayaan

Dalam mewujudkan ajaran baru ini, Father Moon telah menggabungkan inti ajaran Kristian dgn kepercayaan Shamanisme (Korea), Daoisme dan Konfusianisme. Selain itu juga beliau telah membuat penafsiran baru buat Bible yg kebanyakkan bercanggah dgn arus perdana. Hasil olahan itu lalu diadun dan diolah ke dlm kitab sucinya yg berjudul “Divine Principle” yg diterbitkan pd 1957. Setelah itu, Sun Myung Moon menyebut dirinya sbg mesiah baru. Hasil drpada itu ajarannya mendapat sambutan yg hangat dikalangan masyarakat terutama di Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dakwaan yg sering disebut, Jesus tidak berjaya menyelesaikan misi yg dimaksudkan adalah Jesus tidak berjaya menyelesaikan ‘tiga keberkatan agung’ (Three Great Blessings) yg diserahkan kepada Sun Myung Moon. Secara ringkasnya Three Great Blessings itu adalah perkahwinan dan juga sistem kekeluargaan.

1. Mempunyai zuriat (sempurna)
2. Berganda (beranak pinak)
3. Mendominasi (Mempunyai kuasa)

Sebab itu di dlm Unification Church sangat terkenal dgn ritual perkahwinan besar besaran (Mass Wedding) yg mana setiap pasangan akan diberkati oleh Father Moon dan Mother Moon. Bg setiap orang yg menganggotai ahli Unification Church, mereka perlu diberkati jika mereka ingin masuk ke dlm syurga. Melalui majlis perkahwinan keberkatan ini, Father Moon percaya bahawa dia telah mencipta tradisi keluarga syurgawi yg baru (True Family yg dipimpin oleh True Parents) dan ini adalah usaha pemulihan hubungan retak dlm keluarga yg telah timbul sejak dahulu lagi. Sejarah Holy Wedding antara Father Moon dan Mother Moon pd thn 1960 (True Parents) adalah dikatakan yg pertama dlm sejarah.[7]

Unification Church juga percaya bahawa Father Moon dan Mother Moon adalah jelmaan Adam dan Hawa yg ketiga. Menurut pengikut tegarnya, Dr Yoo Chong Young di dlm bukunya True Parents and World Peace mengatakan yg bermaksud:

“Adam dan Hawa yg pertama (6000 thn lalu) mereka gagal di dlm misinya disebabkan jatuhnya mereka dr syurga. Begitu juga dgn Jesus yg merupakan Messiah (Sang Penyelamat), yg dikatakan sbg jelmaan Adam kedua (Holy Spirit adalah Hawa) juga hanya dpt memenuhi misi kerohanian, tetapi misi fizikal tergendala disebabkan penyaliban dirinya (Jesus).”[8]

Manakala utk akhir zaman (kini) Father Moon sbg Messiah Kedua (Adam Ketiga) Mother Moon sbg substantial Holy Spirit (Hawa Ketiga). Mereka mengatakan misi telah tercapai secara rohani dan fizikal, dan mereka telah memenuhi Three Great Blessings. Secara tidak langsung beliau meletakkan diri beliau lebih hebat drpada Jesus yg diimani oleh penganut agama Kristian kerana tidak berjaya menyelesaikan misi True Parents.

Selain itu juga, pengikut Father Moon sangat sinonim menisbahkan Father Moon ini adalah Imam Mahdi yg ditunggu umat Islam, seorang pengikut tegarnya Jennifer Tanabe menulis di dlm artikel dlm laman sesawang mereka yg bertajuk “The Kalki Avatar and the Second Coming of Christ, the True Parents of Humankind”:

“This passage is familiar to all Unificationists, and it is our understanding Sun Myung Moon is the fulfillment not only of the Second Coming of Christ but, together with his wife, Mrs. Hak Ja Han Moon, fulfills the ultimate role of the True Parents of humankind. Thus, we easily recognize the Mahdi in this role of the awaited returning central figure in Islam whom we can see fulfilled in the True Parents.”[9]

Bukan itu sahaja, malah pengikutnya juga memadankan Father Moon dgn bakal ‘ketibaan imam’ di dlm agama lain seperti Maitreya (Buddha), Kalki Avatar (Hindu), Juru Selamat Kedua (Kristian) dan byk lagi.[10]

Yang lagi dahsyat adalah satu ucapan Sun Myung Moon bertajuk “The Arrival of the Era of the Fourth Adam’s Realm” di Belvedere International Training Center, New York pd thn 1999 beliau berkata bahawa:

“Jesus cuba mengikuti saya, langkah saya, sepanjang jalan. Dia tinggal di Syurga, kerana dia tidak berkahwin. Tetapi saya mengahwinkannya. Tidakkah kalian mahu bertemu dgn isteri-isteri Buddha, Confucius dan Muhammad? Mereka menghantar surat penghargaan kepada saya dr alam roh. Mereka berjanji bahawa walaupun agama mereka hilang, mereka akan mengikuti saya”[11]

Kata-kata ini meletakkan diri beliau lebih mulia berbanding dgn tokoh-tokoh agama lain. Malah beliau mengaku menjadi ‘wali’ utk mengahwinkan Jesus. Hal ini merupakan aqidah dan keimanan penganut Unification Church.

Di dlm Unification Church juga memiliki kitab suci utama mereka iaitu tulisan Sun Myung Moon yg dikenali sbg Divine Principle. Yg mana kitab ini ditulis dgn olahan Bible dan juga sinkretis dgn agama lain seperti Konfusianisme, Daoisme, dan lain-lain.

Pecahan Dari Unification Church

Walaupun Father Moon dan Mother Moon dikatakan sbg Ibubapa sejati atau Ibubapa Syurgawi atau Adam dan Hawa ketiga yg telah berjaya menyelesaikan misi kekeluargaan. Tetapi ternyata di dlm keluarga mereka sendiri juga berlaku konflik sehingga berpecah kepada aliran baru di atas nama Unification Church.

Pada thn 2008, Sun Myung Moon telah melantik anak bongsu mereka bernama Hyung Jin Moon utk memimpin gerakkan mereka (Family Federation for World Peace and Unification). Sepanjang beliau mewarisi pimpinan itu, beliau byk memperkenalkan amalan baru seperti konsep tenaga kerohanian, pergerakkan tangan dan bermacam lagi.[12]

Hyung Jin Moon mula berkonflik secara terbuka dgn ibunya (Hak Ja Han) setelah kematian Sun Myung Moon pd thn 2012. Ibunya telah menurunkan beliau dr pelbagai jawatan dr thn 2013 dan akhirnya dipecat dr Presiden Family Federation for World Peace and Unification. Ajaran baru yg diperkenalkan oleh Hyung Jin Moon selama di dlm Unification Church itu juga turut dibuang dan dibatalkan (dimansukh) oleh ibunya.

Setelah beliau dipecat, Hyung Jin Moon mulakan gerakkan baru beliau dinamakan Sanctuary Church. Gerakkan Sanctuary Church ini dianggap terkeluar dr Unification Church.[13] Selama di dlm Sanctuary Church mereka secara terang-terangan mengkritik ibunya Hak Ja Han dan mengubah ajaran bapanya utk mengangkat status dirinya.[14]

Selain itu terdapat juga kes seorang pengikut tegar Father Moon bernama Jung Myung-seok, yg telah keluar dr Unification Church dan membuat agama sendiri yg bernama Providence Church. Jung Myung-seok juga mengaku sbg mesiah dan juga membuat penafsiran baru terhadap Bible seperti dilakukan oleh Father Moon.

Selain itu juga, konflik kekeluargaan Moon juga berlaku antara anaknya yg bercerai dgn menantu bernama Nansook Hong dan beliau telah menulis sebuah buku yg menceritakan sisi gelap di dlm keluarga Father dan Mother Moon, buku itu berjudul In The Shadow of The Moons.

Unification Church Ke Malaysia

Di Malaysia mereka sudah melebarkan sayap mereka secara serius dan kukuh sejak 1996 dgn penganjuran program yg dilakukan bersama ahli politik dan juga pelajar-pelajar di Malaysia. Dan baru-baru ini mereka melakukan program bersama dgn pelajar Universiti di Malaysia dan memaksa pelajar Melayu Muslim utk mengangkat sumpah bersama mengisi borang supaya beriman kepada “Heavenly Parent” Father Moon dan Mother Moon dan memenuhi Three Great Blessing..…

Bersambung ke siri 2

Nota akhir:
_____________________________________

[1] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_life.html
[2] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_teaching.html
[3] Lihat artikel Sarah Lewis, – (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England hlm 71
[4] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_life.html
[5] The New York Times – https://www.nytimes.com/1977/06/26/archives/rev-moons-church-held-not-christian-national-council-report-calls.html
[6] https://www.christianitytoday.com/ct/2001/augustweb-only/8-6-35.0.html & https://www.christianpost.com/news/cults-in-culture-an-eclipse-of-true-christianity-the-unification-church-part-5-63057/
[7] Lihat artikel Sarah Lewis, – (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England hlm 72-73
[8] Lihat Dr Yoo Chong Young, (-) True Parents and World Peace, cetakkan ketiga, hlm 55-57
[9] https://appliedunificationism.com/2018/02/05/the-kalki-avatar-and-the-second-coming-of-christ-the-true-parents-of-humankind/
[10] http://moonsanmyung.blogspot.com/2010/10/second-avatar-appearance-manifestation.html / https://appliedunificationism.com/2018/02/05/the-kalki-avatar-and-the-second-coming-of-christ-the-true-parents-of-humankind/
[11] http://www.unification.net/news/news19991024.html
[12] https://iunificationist.files.wordpress.com/2010/05/hyung_jin_nim_hands_devotion-1.pdf
[13] https://www.christiannewspost.com/unification-church-does-not-encourage-firearm-use/ & https://appliedunificationism.com/2015/12/14/the-sanctuary-church-schism/
[14] https://www.youtube.com/watch?v=v9-4Epj1xwI

Loading...

Tags: #Dimurtadkan #Episod #Hampir #Korea #Malaysia #Pelajar #Selatan

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Comments are closed.