Peguam fail notis dakwa penubuhan SJKC, SJKT langgar Perlembagaan

DC13D03F 0ADD 4BED 82B0 F14B98D6FA26 - Peguam fail notis dakwa penubuhan SJKC, SJKT langgar Perlembagaan
Khairul Azam (bertanjak) bersama Shaharudin Ali (dua dr kiri) dan peguam-peguamnya yg lain menunjukkan notis yg difailkan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

PUTRAJAYA: Seorang peguam memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan bg mencabar kedudukan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT), mendakwa ia melanggar Perlembagan Persekutuan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif membuat permohonan menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

Peguamnya, Shaharudin Ali mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa utk membuat Seksyen 17 Akta Pendidikan, yg memberi pengecualian bahasa pengantar utama kepada sekolah jenis kebangsaan, dan Seksyen 28 akta sama yg membolehkan menteri menubuhkan sekolah jenis kebangsaan.

Shaharudin mendakwa Parlimen tiada kuasa memberikan kuasa seperti itu kepada menteri pendidikan, kerana Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan, yg memperuntukkan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan, tidak memperuntukkan kuasa seperti itu kepada menteri pendidikan.

“Teras permohonan ini utk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan sama ada Parlimen mempunyai kuasa membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman hari ini.

Notis itu menamakan menteri pendidikan sbg defendan pertama dan kerajaan sbg defendan kedua.

Shaharudin menjadikan keputusan Mahkamah Persekutuan pd 9 Julai 1982 dlm kes penubuhan Universiti Merdeka sbg asas dan sandaran permohonan itu, yg mana ia mengatakan Fasal 152 hendaklah digunakan dlm hal-hal bersangkutan pendidikan bg maksud rasmi.

“Kalau sekolah rendah jenis Melayu tidak wujud, bagaimana sekolah rendah jenis Cina dan Tamil blh wujud. Jadi itu persoalan undang-undang yg kita akan cuba hujahkan di mahkamah kelak,” katanya.

Sementara itu, Khairul menolak tanggapan tindakannya hari ini menjurus kepada sifat perkauman.

Beliau menarik perhatian pemberita kepada Belanjawan 2020 yg memperuntukkan sejumlah belanjawan yg besar kepada sekolah vernakular.

“Itulah punca pencetusnya…kerana Belanjawan 2020 ini wang pembayar cukai, jadi selaku rakyat yg membayar cukai, kita berhak pastikan kerajaan membelanjakan duit rakyat ke institusi yg dibenarkan Perlembagaan,” katanya.


Loading...

Tags: #Dakwa #Fail #Langgar #notis #Peguam #penubuhan #Perlembagaan #Sjkc #SJKT

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.