Pegawai Perubatan Terangkan Kaedah Paling Tepat Bila Berdepan Situasi Tertusuk Benda Tajam Di Badan.

Oleh : Muhsin Zaidi

Benar, ajal maut itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yg ada.

Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yg sebaya dgn mangsa. Mari kita tengok apa yg blh kita ambil pengajaran.

Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 thn maut apabila pisau sepanjang 15cm tertusuk perutnya, masuk rapat sehingga ke hulu pisau. Mangsa berlari dan terpijak pinggan yg ada pisau di dlmnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yg panik terus MENCABUT pisau itu.

Matematik 1 - Pegawai Perubatan Terangkan Kaedah Paling Tepat Bila Berdepan Situasi Tertusuk Benda Tajam Di Badan.


Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita blh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.

Ini isunya. Dlm perubatan kecemasan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut. Dlm kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah tikam organ apa di dlm. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yg paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur darah bernadi yg paling besar dlm badan). Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut darah keluar tak berhenti sampai la darah habis.

Kadang-kadang, walaupun ditikam, tapi perdarahan dlman masih perlahan kerana objek itu menyekat perdarahan dr luka. Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perdarahan masih perlahan. Kebiasaannya, jika pesakit sampai ke hospital dlm keadaan ada objek tertusuk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko utk cabut keluar. Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perdarahan akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.

Ingat, kalau ditikam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yg paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.

Salam takziah buat keluarga mangsa.
————-

Berita penuh : “SARA minta susu dgn saya. Masa itu saya sedang buai anak yg bongsu di bahagian dapur dan suruh dia tunggu sekejap.

“Dia terus lari ke arah neneknya yg ada berhampiran utk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yg ada pisau dan terjatuh atas lantai,” kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yg maut akibat tertusuk pisau, hari ini.

Dalam kejadian di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, dekat Ipoh, 9.30 pagi tadi, mangsa tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) di bahagian kiri perut yg terbenam sehingga paras hulu pisau.

Menurut Hana, ketika kejadian anak keempatnya drpada lima beradik itu baharu sahaja selesai mandi dan tidak sempat memakai lampin pakai buang dan pakaian lagi.

“Sebaik terjatuh Sara terus menangis kuat dan saya terus lari dptkannya serta meribanya namun masa itu saya tidak nampak pisau tertusuk di perut kirinya.

“Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yg warnanya sama dgn warna kulit anak.

“Tiada darah yg keluar dr tusukan itu, namun ibu mentua saya yg mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara drpada merengek terus senyap,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian terus meminta bantuan jiran utk menghantar anaknya ke klinik berhampiran, namun anaknya sudah tiada pergerakan ketika iti dan pihak klinik terus menghantar anaknya ke Hospital Parit Buntar yg kemudian mengesahkan anaknya itu sudah tiada lagi.

Sementara itu, suaminya Supian Samsuri, 42, berkata, ketika kejadian dia berada ditempat kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ) Perak Utara di Titi Serong, Parit Buntar.

“Sebaik dimaklumkan saya terus ke hospital namun anak saya disahkan sudah meninggal dunia.

“Pisau yg tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun pagi tadi anak saya yg sulung dan kedua menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.

Sufian yg bekerja sbg pemandu traktor berkata, dia reda akan pemergian anaknya itu yg sejak kebelakangan ini cepat merajuk dan meragam jika tidak dpt apa yg dimahukannya.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Parit Telok Pial utk urusan pengebumian yg dijangka akan dibuat pagi esok. (Harian Metro)


Loading...

Tags: #Badan #Benda #Berdepan #bila #kaedah #Paling #Pegawai #Perubatan #Situasi #Tajam #TEPAT #Terangkan #Tertusuk

author
Author: 
    COVID-19: CUEPACS mohon penangguhan bayaran LPPSA
    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan Penjawat Awam yg
    4 Gaya Bercinta Favorit Artis Cantik Indonesia, No 3 Pakai Mainan, No 4 Suka Jumpalitan!
    slidegossip.com – Setiap orang dewasa yg telah menikah, sudah selayaknya memiliki hasrat bercinta,
    Sering Pamer Kekayaan, Giliran Didatangi Orang Pinjam Uang, Nikita Mirzani Malah Ngamuk!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani dikenal sbg salah satu artis yg sering pamer harta
    Aktor Ini Meninggal Mendadak di Usia 16 Thn! Keluarga Kecewa Tak Blh Peluk Jenazah!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan. Aktor tampan Logan Williams

    Leave a reply "Pegawai Perubatan Terangkan Kaedah Paling Tepat Bila Berdepan Situasi Tertusuk Benda Tajam Di Badan."