Patutnya Hari Pertama Isytiharkan Darurat.. – TMJ.

Kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat sejak hari pertama dikesan berlakunya pencemaran di Pasir Gudang kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Twitternya semalam.

TMJ 1 - Patutnya Hari Pertama Isytiharkan Darurat.. - TMJ.

“Sepatutnya dr hari pertama dah isytiharkan darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dpt jaminan yg ianya selamat,” ciap TMJ di Twitternya.

TMJ sebelum ini sempat memerli tindakan Tun Mahathir yg dilaporkan kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat berikutan keadaan masih terkawal.

“Taknak isytiharkan pun takpelah. Tapi sekurang-kurangnya kosongkanlah kawasan yg tercemar sehingga ia kembali stabil dan selamat. 

2,000 dilaporkan terjejas dan tak perlu isytiharkan darurat, wow mengkagumkan,” ciap TMJ dlm kenyataan itu. 

Netizens di sosial media nampaknya mengikuti rapat kritikan-kritikan TMJ terhadap kerajaan. TMJ juga dibayangkan telah menyalahkan Muhyiddin Yassin dlm isu memberikan kelulusan kepada kilang yg bertanggungjawab dlm insiden pencemaran itu.

Bahan berbahaya yg dibuang di Sungai Kim-Kim dilaporkan ketahui seawal 7 Mac lps. Setakat ini 8 dr bahan tersebut telah dikenalpasti.



Meskipun tiada kenyataan rasmi tetapi kerajaan nampaknya tidak menyekat ataupun memberikan kenyataan balas berhubung penyebaran dakwaan yg mengatakan antara bahan utamanya adalah cynade dan ianya blh membawa maut.

Selain dikecam kerana isu darurat, Kerajaan Johor juga menerima pandangan negatif berikutan dilaporkan menangguhkan kerja-kerja pembersihan kerana kos yg tinggi. Hal itu didedahkan oleh Jabatan Bomba.

Selepas pencemaran menjadi semakin teruk, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan semua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup sehingga ke satu tarikh bg memberikan laluan kerja-kerja membersihkan bahagian yg tercemar selesai sepenuhnya. – 16 Mac 2019.

Loading...

Tags: #DARURAT #Hari #Isytiharkan #Patutnya #Pertama #TMJ.

author
Author: 
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3)
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3) : Telemovie bersiaran malam ini jam
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan

    Leave a reply "Patutnya Hari Pertama Isytiharkan Darurat.. – TMJ."