Pastry Fruits Cake / Cupcakes

aIMG 1499 1 - Pastry Fruits Cake / Cupcakes

Pastry Fruits Cake / Cupcakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber : Ainie Syeema / Aznie Khasri

Bahan-bahan
100 gm mentega
160 gm gula halus
3 biji telur ayam A
210 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar sourcream / yogurt

Buahan citrus strawberry, blueberry, kiwi
atau buah dlm tin, peach, limau mandarin (di toskan dahulu)

Acuan cupcake di alas papercup
atau loyang 8in di alas dan di leser mentega

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 175C.
  2. Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu dan putar perlahan sehingga sebati.
  5. Tambahkan esen vanilla dan parutan kulit oren.
  6. Putar perlahan, tambahkan tepung dan putar sehingga rata.
  7. Akhir sekali masukkan sourcream atau yogurt, putar sehingga sebati.
  8. Tuang adunan 3/4 penuh ke dlm papercup. hentak loyang beberapa kali supaya serata.
  9. Tabur dgn hirisan buah-buahan.
  10. Bakar di rak tengah selama 25minit utk cupcake dan 45minit jika guna acuan kek 8in.
  11. Cucuk dgn lidi atau cake tester utk pastikan kek dah masak.
  12. Keluarkan dr oven dan biarkan kek betul-betul sejuk sebelum di tabur snow powder atau gula aising.
  13. atau di hidang bersama creamy vanilla sauce.
aIMG 1557 - Pastry Fruits Cake / Cupcakes

Creamy Vanila Sauce

Bahan-bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula pasir
4 biji kuning telur

Cara-cara :

  1. Panaskan susu cair, whipping cream dan esen vanilla sehingga berbuih kecil tepi periuk.
  2. Tutup api. 
  3. Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran susu panas tadi ke dlm telur sedikit demi sedikit dan whisk sehingga sebati.
  5. Tuang semula kedalam periuk dan masak dgn api kecil sehingga hampir pekat.
  6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  7. Angkat dan tapis ke dlm mangkuk.  Tutup permukaan mangkuk dgn plastik wrap.
  8. Simpan di dlm peti ais sehingga sejuk sebelum dihidangkan bersama cake atau cupcake.
aIMG 1494 - Pastry Fruits Cake / Cupcakes

TIPS

  1. Mengaul buah dgn gula akan menyebabkan buah berair dan hilang bentuk apabila di bakar.
  2. Setelah masukkan adunan, hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali,  Supaya tiada ruang udara di dlm.  Kemudian baru susun buah-buahan.
  3. Buah dlm tin hendaklah di toskan airnya dan keringkan di atas tisu dapur supaya tidak berair.
  4. Hiris buah tebal sedikit supaya tidak tenggelam.
  5. Jangan bakar sehingga permukaan kek terlalu perang kerana kek akan menjadi keras.
aIMG 1488 - Pastry Fruits Cake / Cupcakes

Pastry Fruits Cake / Cupcakes
Loading...

Tags: #Cake #Cupcakes #FRUITS #Pastry

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Pastry Fruits Cake / Cupcakes"