PASEMBOR

PASEMBOR,5 / 5 ( 1votes )
Loading...

APASEMBOR 1 - PASEMBOR

Assalam buat semua..
Ramadhan ke-15
Saya terjumpa resepi Pasembor yg mudah kat group MAHN yg di kongsikan oleh Puan Nora Lola.Thanks.
Kebetulan ada semua bahan-bahan yg di perlukan
Jadi la projek buat Pasembor utk berbuka.
Kebetulan masih lagi bercuti.
Let’s try buat

PASEMBOR
Bahan-bahan
6 biji ubi kentang*
6 keping fishcake*
6 keping tauhu*   saya ganti dgn popia sayur
6 biji telur ayam-rebus
2 biji timun

*semua bahan bertanda di goreng dan di potong
telur di belah dua
timun di potong baji/panjang.

Bahan utk cucur
300 gm.tepung gandum
200 gm.taugeh
50 gm.udang kering
1 sudu mauripan
air secukupnya

Blend udang kering dan gaul rata kesemua bahan
Biarkan seketika dan goreng cucur sampai habis.
Toskan.
Kemudian di potong-potong.

Untuk kuah
300 gm.kacang tanah-goreng dan blend dgn 3 gelas air
200 gm.cili kering-rebus dan toskan.Blend dgn 1 ulas bawang putih
2 senduk gula/ikut manis sendiri
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Tumis cili kering kisar sehingga naik minyak.
  • Masukkan gula dan garam,kacau rata.
  • Masukkan kacng kisar dan tambah air jika perlu-mengikut kepekatan kuah yg di sukai.
  • Didihkan dgn api perlahan sehingga masak.
  • Sesuaikan rasanya dan blhlah di angkat
Loading...

Tags: #PASEMBOR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.