Pasar malam Cameron Highland Golden Hills! Tempat menarik membeli belah!

Loading...

Berbaloi ke pergi pasar malam di Cameron Highland? Dah lah sesak jalannya!

pasar malam cameron highland golden hills

Hari ini Ibu nak kongsikan salah satu drpada senarai tempat menarik yg wajib dikunjungi di tanah tinggi Cameron.

Baca panduan melawat Cameron Highland Night Marketi ini sehingga habis & anda dijamin akan

  1. Tahu waktu yg terbaik utk melawat pasar ini.
    .
  2. Mengetahui barang apa yg berbaloi di beli semasa melawat tempat ini.
    .
  3. Faham kelemahan tempat ini supaya blh elakkan mengalami nasib yg sama dgn pelancong sebelum anda.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.




Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands

Sekiranya anda baru pertama kali melawat Cameron Highland, mesti masih belum tahu tempat yg sesuai membeli buah & syuran segar disini.

Ada 2 pilihan, pasar pagi di Kea Farm, atau yg kedua pasar malam di Golden Hills.

Jika anda tak sempat mengunjungi pasar pagi kerana kesuntukan masa, pasar malam memang menanti ketibaan anda.

Di bawah ini Ibu kongsikan lokasi utk rujukan anda.

pasar malam di buka seawal 4 petang


Alamat:
  • Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu perniagaan: 
  • Khamis 2:00–10:30 malam.
  • Jumaat 2:00–10:30 malam.
  • Sabtu 2:00–10:30 malam.
  • Ahad 2:00–10:30 malam.
  • Isnin

    2:00–10:30 malam.
  • Selasa 2:00–10:30 malam.
  • Rabu 2:00–10:30 malam.

Banyak lagi tempat best di Cameron, di bawah ini 10 tempat wajib lawat pd pandangan Ibu.

Bacaan menarik: Ini 10 lokasi wajib dilawati jika bercuti di Cameron Highland.


Waktu yg sesuai utk melawat pasar malam?

Pasar ini sudah pun menerima kunjungan pelawat dr jam 3 petang, tapi semasa jam 7 sehingga 8 malam ada waktu puncak.

Jadi kalau blh, elakkan pergi masa orang ramai.

Kebiasaannya, kita akan luangkan masa selama 45 minit sehingga 1 jam setengah disini utk melihat ke semua barang barang jualan.

Sangat penting utk rancang masa kita, nak solat & lain lain kan.

Review pelancong yg melawat pasar malam Golden Hills, Cameron Highland.

pasarBmalamBcameronBhighland - Pasar malam Cameron Highland Golden Hills! Tempat menarik membeli belah!

Seramai 205 orang telah menulis ulasan di Google. Dgn mata purata terkumpul sebanyak 4 dr 5 bintang.

Jadi, tempat ini memang wajib di lawat kerana ramai puas hati.

Apa kata mereka ya?

Ibu kongsikan 2 jenis review.

1. Review pelancong yg puas hati melawat pasar malam ini.

Kesemua pelancong di bawah telah memberikan mata 5.0 dr 5.0 bintang.

i. MUHAMMAD IHSAN – 3 bulan yg lalu.

Pelbagai produk-produk Cameron Highland, blh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dr bawah yg dibawa naik sudah. 

Antara yg jangan dilepaskan adalah 
  • Jagung ‘mutiara’ . Jagung Cameron ni memang manis rasanya.
  • Produk strawberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yg telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry.
    .
  • Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, blh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yg digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap utk di mkn panas-panas di sini.
    .
  • Produk berasaskan lebah juga blh di dapati di sini. Mungkin ada yg tak sempat ke bee farm, blh sahaja beli di sini.
    .


ii. Abdul Hafiz Mohamed Salleh – 5 bulan yg lalu.

waktu yg terbaik utk datang ke sini adalah pd jam 5 petang jika anda nak mengelak kesesakan dan kesukaran mendapat parking.

iii. Hanafi mohamad – Setahun yg lalu.

Tak sah kalau ke Cameron di hujung minggu jika tidak kesini. Segala benda murah. Nak lagi murah, pegi pukul 11 malam. Parking amat terhad. kalau hujan, nasihat aku pegi beli baju hujan di tempat lain atau batalkan niat anda. Dah la sejuk tambah dgn hujan,  demam nanti. 

iv. Razman Hakimi Abdullah – 3 bulan yg lalu.

The night market has moved here ya folks. Better location and lots of parking (but got to walk a bit if you are late and park far). All the famous street food is here from Cameron Highlands. You are on holiday, don’t be picky on price. Just enjoy yourself with your family.

Seterusnya kita lihat pula review pelancong tak puas hati.

Apa kata mereka.

kaktus pasar malam cameron highland golden hills

2. Review pelancong yg tak suka datang ke pasar ini.

Pelancong di bawah memberikan mata yg rendah utk pengalaman mereka di sini. Mata sekitar 1 ke 2 drpada 5.0 bintang. 

i. Fadzir Muda – 2 bulan yg lalu.

Tempat yg sesuai utk riadah dan santai….sambil menikmati keindahan kami panorama malam.

ii. سوسو جلابنة – sebulan yg lalu.

Saya tidak akan mengesyorkan utk melawat ia sangat ramai dan harga barangan mahal.

iii. Rebecca K – 11 bulan yg lalu.

Double check on the quality of the product handed to you. My relative was conned.  Showed them some fresh corns but packed them unfreshed ones.


Kesimpulan.

Ibu dah 2 kali melawat Cameron Highland, dan banyak lagi tempat menarik belum sempat dikunjungi.

Selalunya, kami memborong hasil tani di pasar pagi kerana harganya dikatakan lebih murah.

Lagipun, kami kurang suka keluar malam kerana anak anak dah penat.

Tapi, majoriti pelawat pasar ini suka singgah ke mari. Sebab tu markahnya 4 bintang.

Sekiranya anda ada pengalaman & cerita menarik nak di kongsi tentang pengalaman ke sini. Jangan segan komen di ruangan yg disediakan di bawah.

Jumpa lagi.

Loading...

Tags: #belah #CAMERON #Golden #HIGHLAND #Hills #malam #Membeli #Menarik #pasar #Tempat

author
Author: 
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey

    Leave a reply "Pasar malam Cameron Highland Golden Hills! Tempat menarik membeli belah!"