Pasangan Warga Emas Islam Hidup Menumpang Di Tokong Cina.

Sepasang warga emas terpaksa menumpang di kawasan tokong Cina di Masjid Tanah sejak hampir dua thn lalu selepas dihalau keluar dr rumah disewa mereka di Kampung Lekok.

Tokong 1 - Pasangan Warga Emas Islam Hidup Menumpang Di Tokong Cina.


Rosli Abdullah,73, dan isterinya Faridah Ali, 62, mendiami kawasan tokong yg agak tersorok dan jauh dr jalan besar kerana kegagalan mereka menjelaskan tunggakan sewa rumah.

Rosli berkata, perkara tersebut berlaku apabila dia tidak lagi mampu bekerja selepas disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk angin pasang, kencing manis dan darah tinggi.

“Saya buntu tak tahu nak pindah ke mana selepas dihalau keluar. Dgn bantuan seorang rakan, dia menawarkan kami mendiami bangsal yg terletak di bahagian belakang tokong dgn kemudahan sebuah bilik.

“Disebabkan berstatus Penduduk Tetap (PR) saya juga sukar utk mendapat sebarang bentuk bantuan dan hanya bergantung kepada wang blnan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yg diterima isteri sebanyak RM230 utk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosli berkata, mujur pengurusan tokong beri kebenaran dan tinggal secara percuma di kawasan itu.

“Mereka tidak minta bayaran sewa jadi pakcik bantu jaga tokong termasuk sapu sampah dan bersihkan kawasan ini.

“Bila kami tinggal di sini mereka tidak bimbang berlaku kecurian di tokong,” katanya.

Katanya, dia yg berbangsa Cina dan berasal dr Singapura telah memeluk agama Islam pd 1980 serta berkahwin dgn isterinya yg berbangsa Melayu.

Tambahnya, sepanjang tempoh perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang anak termasuk dua lelaki dan seorang perempuan.

Rosli berkata, dia berharap sangat dpt tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Tangga Batu jika diminta keluar dr kawasan berkenaan.

“Sekurang-kurangnya anak dan menantu blh tengok kami suami isteri yg perlu ulang alik ke hospital kerana masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, menantunya, Mahyuddin Yusod,47, berkata, dia hairan apabila kisah mertuanya itu tular di media sosial selepas dia menghantar video tersebut kepada pihak yg bertanggungjawab utk mendapatkan bantuan.

Katanya, dia merakamkan video tersebut kerana mahu membantu kedua mertuanya itu mendapatkan tempat tinggal selepas kedua-dua abang iparnya seolah-olah tidak mahu mengambil berat keadaan mereka.

“Sebenarnya niat saya nak berikan video ini kepada wakil Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) sbg bukti saya memerlukan bantuan membina sebuah bilik yg selesa bg emak dan ayah mertua saya ini.

“Walaupun sukar namun saya berasa tanggungjawab nak menjaga mereka, tapi saya tak mampu nak bina bilik dgn pendapatan sbg pemandu van kilang ditambah pula tiga orang anak masih bersekolah,” katanya.

Tambahnya, dia bukan meminta rumah baharu tapi cukup sekadar sebuah bilik yg selesa utk kedua-duanya berlindung dr panas dan hujan.

Justeru, Mahyuddin berkata, dia berharap orang ramai tidak terus menghukum kedua mertuanya itu, sekali gus berhenti menularkan video yg dirakamkan itu.

“Seminggu sekali jika ada kelapangan saya akan datang melawat mereka. Lagipun sampai bila mereka akan tinggal di sini.

“Tambahan pula bilik air agak jauh dan membahayakan mereka, terutamanya pd waktu malam,” katanya.

Sumber : Sinar Harian.


Loading...

Tags: #Cina #Emas #Hidup #Islam #Menumpang #Pasangan #Tokong #WARGA

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.