PAPRIK SOTONG

Loading...

Assalamualaikum, 

Hidangan yg paling simple waktu sibuk adalah masakan paprik. Tak kiralah paprik ayam ke atau paprik aneka jenis seafood pun sedap juga. Kalau masak paprik ni paling senang sebab tak perlu dah lauk-lauk lain. Cukup lauk ini dihidangkan dgn sepinggan nasi putih. lagipun dlm masakan paprik ini pun dah secukup rasa dan seimbang kerana di campur dgn sayuran lain seperti lobak merah, putik jagung dan kacang panjang.

Baiklah utk hari ini saya ingin berkongsi resipi paprik sotong. Jom try masak ❤ 
PaprikBSotong - PAPRIK SOTONG
PAPRIK SOTONG
Bahan-bahannya:
½ kilogram sotong – dibersihkan dan potong 
2 ulas bawang putih – dicincang halus
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis 


Bahan B
1 labu bawang holland – diracik
2 tangkai cili merah – dihiris serong
15 biji cili api – diketuk
2 helai daun limau purut – disiat-siat dan buang urat tengahnya
bunga kobis – dihiris kecil
5 biji putik jagung – dihiris serong
1/2 biji lobak merah – dihiris 
3 tangkai kacang panjang – dipotong 1 inci
garam secukup rasa
2 cawan air


Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar lalu masukkan semua sos. Kacau sehingga pecah minyak.
PaprikBsotongB1 - PAPRIK SOTONG

3. Masukkan semua bahan B,  kacau seketika.
PaprikBsotongB2 - PAPRIK SOTONG

4. Masukkan pula sotong. Jika dilihat resipi ini saya masukkan sayur dahulu baru sotong sebab sotong tidak perlu terlampau masak kerana isinya akan menjadi liat. 
PaprikBSotongB3 - PAPRIK SOTONG

5. Kacau rata sehingga isi sotong layu dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit serbuk perasa(jika suka)
PaprikBSotongB4 - PAPRIK SOTONG

6. Kacau sebentar sebelum matikan api dapur dan hidangkan.
Loading...

Tags: #Paprik #sotong

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "PAPRIK SOTONG"