Pantau jualan pil minda di sekolah

PhotoGrid 1549186295331 1 - Pantau jualan pil minda di sekolah
Imej via Utusan Borneo

KUCHING: Pihak berkaitan perlu membendung penjualan pil minda kepada pelajar sekolah, khususnya melibatkan para guru sekiranya kegiatan seperti itu berlaku.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Datu Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata langkah pencegahan segera itu perlu bg mengelak kegiatan sedemikian berleluasa yg akhirnya memudaratkan kanak-kanak amnya.

“Kalau peniaga biasa menjual pil minda ini, mungkin ia masih kurang mendapat perhatian ibu bapa. Sebaliknya jika guru-guru sendiri yg menjual pil berkenaan sepertimana yg didakwa, sudah pastilah ibu bapa akan menjadi obses utk membeli pil berkenaan.

“Jika benar, pihak tertentu perlulah membendung perkara sedemikian dgn seberapa segera sebelum ia menjadi mudarat,” katanya bg mengulas isu jualan pil minda dlm kalangan guru.

Fadzil menegaskan kunci kepada kejayaan yg sebenar adalah terletak pd ketabahan dan kekuatan diri utk mencorak dan mengatur minda supaya lebih terarah dan menguasai tahap disiplin yg tinggi utk belajar dan membahagikan masa dgn bijak serta menyemai sikap yg betul terhadap pelajaran.

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa khasnya supaya tidak terpengaruh dgn kesan pil minda terhadap pembelajaran anak-anak.

Katanya, adalah lebih penting utk ibu bapa memastikan bimbingan yg berterusan di samping memberikan sokongan padu serta mengambil berat pelajaran anak-anak.

“Kalaulah dgn hanya memakan pil minda sahaja kita blh berjaya, elok sahaja kita mkn pil tanpa perlu byk berusaha,” ujarnya.

Sumber: Utusan Borneo

Loading...

Tags: #JUALAN #Minda #Pantau #Sekolah

author
Author: 
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – RBT
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – Pendidikan Moral
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – PJPK
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – SEJARAH
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan

    Leave a reply "Pantau jualan pil minda di sekolah"