PanduanAmalan Tujuh Kelebihan Mengapa Kita Perlu Menunaikan Umrah

Loading...

umrah - PanduanAmalan Tujuh Kelebihan Mengapa Kita Perlu Menunaikan Umrah
Meskipun bukan yg utama namun ibadah umrah juga tidak kalah istimewanya dgn ibadah haji. Ibadah umrah menjadi pilihan alternatif bg mereka yg belum berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah.

Seperti mana keistimewaan ibadah haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang byk hadis-hadis yg membicarakan tentang kelebihan umrah.

Di antara kelebihan umrah ialah:

1. MENJADI TETAMU ALLAH

Di dlm Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yg berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pd thn Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yg mereka minta, mengabulkan apa yg mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yg telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham utknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dlm Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Barang siapa keluar utk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka bgnya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah sehingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dlm syurga’”

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan drpada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pd bln Ramadan menyamai ibadah haji”

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pd tukang besi) yg menghilangkan kotoran besi”

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dlm surah Al-Baqarah : 196 yg bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga drpada Ibnu Umar RA yg berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yg bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sbg pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yg mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Wallahu a’lam

Sumber kredit: FB: Juwita Shaari via Memori Terindah Tanah Suci

The post PanduanAmalan Tujuh Kelebihan Mengapa Kita Perlu Menunaikan Umrah appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Kelebihan #Kita #Mengapa #Menunaikan #PanduanAmalan #Perlu #Tujuh #Umrah

author
Author: 
    Pantang Larang Guru Berpindah Ke Sekolah Baharu
    Pengalaman berpindah ke sekolah baru pasti memberi byk pengalaman kepada mereka yg pernah
    Sewa Kipas 3D Hologam Semurah RM300 Jer!
    Hai anda semua.. Pernah tak tengok 3D Hologram kat mana-mana outlet, kedai, event
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya

    Comments are closed.