Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak

Filem Marvel Cinematic Universe sememangnya digemari oleh kanak-kanak. Namun, tak semua filem MCU sesuai utk tontonan mereka. Sesetengah filem adalah sedikit abstrak dr segi penceritaannya dan sukar difahami oleh kanak-kanak. Malah, beberapa filem MCU juga mempunyai adegan cium yg mungkin tidak sesuai utk kanak-kanak.
mcu theory 1 - Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak
Walaupun filem MCU suci drpada adegan seksual yg keterlaluan, MCU masih mempunyai formula yg memaparkan unsur keganasan. Ya, kalau korang tak nak superhero bergasak, korang layan je animasi Pixar. Keganasan dan juga superhero tidak dapat dipisahkan. Tidak seperti komik yg mana unsur ganasnya lebih, skala keganasan filem MCU masih berada di tahap PG 13. 
Jadi, di sini, dicadangkan beberapa filem MCU yg sesuai utk umur kanak-kanak. 
Umur 7 sehingga 10 thn
Ant-man : Filem yg ringan dan memang sesuai utk kanak-kanak. Idea dan tema filem ini memang sesuai utk mewujudkan elemen yg membentuk pemikiran kanak-kanak. Idea tentang penaklukan dunia dikisahkan dlm gaya yg mudah dan senang difahami.
Guardians of the Galaxy Vol 1 & 2 : Dua filem ini mungkin sedikit moden namun masih sesuai utk golongan kanak-kanak. Filem ini tidak terlalu serius dan amat ringan. Kanak-kanak pasti menggemari Groot dan ibu bapa pula bakal menggemari runut bunyinya.
Thor: Ragnarok : Kanak-kanak mungkin gagal utk memahami ironi dr filem ini. Namun, dgn paparan dua kumpulan superhero berlawan antara satu sama lain, pastinya kanak-kanak terhibur utk menontonnya.
Spiderman: Homecoming : Filem penceritaan semula kisah Spider-man ini amat sesuai utk kanak-kanak. Temanya merentas masa dan sentiasa sesuai pd bila bila masa walaupun kisah utamanya berkisah tentang penjual senjata haram.
Iron Man : Filem ini sebuah filem yg berkisar tentang Tony Stark. Walaupun Tony Stark kaki perempuan, filem ini tetap sesuai utk dilayan utk seisi keluarga.

Thor : Kisah tentang tuhan dan dunia bumi. Filem yg begitu sesuai dgn kanak-kanak kerana plotnya mudah. Malah, adegan pertempurannya juga banyak dan juga tidak ketinggalan mesejnya yg menarik.
maxresdefault 1 - Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak
Doctor Strange : Walaupun tema tentang doktor yg bercampur dgn kisah mistik, perjalanan menuju kebaikan dan juga elemen perubatan yg sedikit berat utk kanak-kanak, filem ni masih blh membuatkan kanak-kanak bercita cita tinggi.
Umur 10 sehingga 13 thn

The Avengers : Filem ini penuh dgn babak yg menegangkan sekaligus tidak sesuai utk kanak-kanak kurang 10 thn. Aksinya agak lasak dan mungkin tidak sesuai utk perkembangan minda kanak-kanak di bawah 10 thn.
Captain America: The First Avenger : Walaupun filem ini berkisah tentang kisah Perang Dunia Kedua, elemen Nazi yg dipaparkan mungkin sedikit mengganggu utk kanak-kanak kecil. 

Black Panther : Temanya penuh dgn keganasan dan memang tak sesuai utk kanak-kanak umur kurang 10 thn. 
Avengers: Age of Ultron : Aksi skala besar dlm filem ni dipenuhi dgn keganasan yg agak kurang sesuai dgn kanak-kanak yg terlalu kecil. 
Iron Man 2 : Iron Man 2 memaparkan elemen alkohol yg lebih dlm drpada filem Iron Man. Jadi, mungkin lebih baik elakkan filem ini utk kanak-kanak yg terlalu kecil.
Iron Man 3 : Filem ketiga Iron Man pula lebih dark drpada segi tema. Semestinya tema ini agak gagal difahami kanak-kanak yg masih tidak mampu berfikir.
ant man and the wasp trailer - Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak

Ant-man and the Wasp : Elemen sains fiksyen filem ini mungkin sukar utk difahami. Namun, tema filem ini masih tidak lari drpada pengajaran yg sesuai utk kanak-kanak yg memahami.
Umur 13 thn ke atas
The Incredible Hulk : Filem ini mempunyai elemen keganasan dan juga aksi yg lebih ganas. Jadi, tak sesuailah ditonton kecuali dgn keluarga.
59919561 - Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak
Captain America: The Winter Soldier : Filem ini mempunyai adegan kissing dan juga kisah berkaitan dgn kerajaan Amerika yg mungkin sukar difahami oleh penonton yg masih belum matang fikirannya.
Captain America: Civil War : Tema pergaduhan antara filem superhero yg sedikit kompleks utk kanak-kanak. 
Thor: The Dark World : Filem aksi ini mungkin sesuai utk remaja dewasa yg lebih memahami konsep dgn jelas. 
Avengers: Infinity War : Blh dikatakan bahawa filem ini memerlukan pemahaman tentang background superhero utk memahaminya dgn jelas. Jadi, hanya budak lebih dr 13 thn sahaja yg mampu utk memahami dan menghargai filem ini. 

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #bagi #Cinematic #Filem #KanakKanak #Marvel #Panduan #Setiap #Tontonan #umur #Universe

author
Author: 
    Drama Senafas Rindu Episod 9
    Drama Senafas Rindu Episod 9. Dlm episod kali ni, Anne masih tak stabil.
    “Sembunyi Pawagam Tayang Versi Kedua ‘Misteri Dilaila’ Kurang Beretika” – Filemkita
    Laman Twitter Filemkita menyatakan bahawa tindakan utk merahsiakan pawagam mana yg menayangkan versi
    Drama Senafas Rindu Episod 10
    Drama Senafas Rindu Episod 10. Fariz tak pernah putus asa utk dapatkan Anne.
    Drama Senafas Rindu Episod 11
    Drama Senafas Rindu Episod 11. Anne nak berhenti Kolej ? Seriusly ? Tak

    Leave a reply "Panduan Umur Tontonan Utk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak"