Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

mingguBakademik - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

Seringkali apabila berlakunya pemantauan akademik oleh Jemaah Nazir, antara perkara pokok yg disemak adalah jumlah minggu akademik sesuatu sekolah.

  • Bagaimana ia disusun? 
  • Pukul berapa murid pulang? 
  • Kenapa terlalu lewat? Kenapa terlalu lewat? 
  • Mengapa Rancangan Pengajaran Thn (RPT) guru ada yg tidak sama dgn jumlah bilangan minggu akademik? Mengapa tidak selari?

Sebagai pentadbir, keselarian perkara-perkara di atas perlu dipertimbangkan bg memastikan kelancaran proses pdp, serta perkara-perkara lain yg berkaitan dgn pengurusan murid dan sekolah.

Jom kita lihat bagaiaman proses penentuan minggu akademik ini secara asasnya dilakukan. Kredit utk blog Majlis Guru Besar Selangor yg menyediakan teks dan panduan ini di blog mereka.

**********************************

Sebelum memulakan kalender persekolahan, pentadbir perlu menentukan bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing.

 Kalender akademik ialah minggu-minggu yg ditetapkan berlakunya proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (P&Pc) di sekolah. Ini bermakna kini sekolah telah diberi autonomi dlm menentukan corak perjalanan pendidikan di sekolah masing-masing.

Berikut ialah panduan ringkas utk menyediakan Kalender Akademik.

Tiga perkara asas:

  1. Kalender Persekolahan
  2. Kalender Akademik Sekolah
  3. Muktamadkan Jadual Waktu
  • tetapkan sama ada Tasmik di dlm atau di luar jadual waktu
  • pertimbangkan keperluan tambah/kurang period bg sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah
  • pertimbangkan berdasarkan bilangan guru mengikut opsyen yg ada di sekolah
**********************************

1. KALENDAR PERSEKOLAHAN

Saban thn akan dikeluarkan edaran pemakluman Penggal Persekolahan seperti contoh di bawah.

takwimB2017 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Kalender Persekolahan yg dikeluarkan oleh KPM
Minggu Persekolahan = 11 + 9 + 11 + 12 = 43 minggu
Cuti Sekolah = 1 + 2 + 1 + 5 = 9 minggu

Daripada situ pentadbir blh mula membahagi 43 minggu persekolahan dan 9 minggu cuti sekolah dlm jadual Kalender Persekolahan 2017.

Tentukan tarikh mula dan tarikh akhir bg setiap minggu utk memudahkan semakan sekiranya timbul kekeliruan.

mingguBakademik - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Kalender Persekolahan diterjemahkan mengikut minggu-minggu persekolahan oleh sekolah

Nombor minggu perlu jelas dan JANGAN masukkan minggu cuti sekolah (diwakili lorekan warna hitam) dlm kiraan Minggu Persekolahan. Jika disemak semula kiraan minggu dlm jadual di bawah, ia perlu selari dgn siaran Penggal Persekolahan di atas.

2. KALENDAR AKADEMIK

Setelah jadual Minggu Persekolahan disiapkan, dptkan siaran Cuti Perayaan dan Cuti Umum Persekutuan dan Negeri.

cutiBperayaan - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Contoh Takwim Cuti Perayaan yg dikeluarkan oleh KPM
cutiBkelepasan - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Cuti Kelepasan Am yg berkaitan dgn negeri masing-masing

Masukkan cuti-cuti perayaan tersebut ke dlm jadual Kalender Persekolahan. Seperti di bawah dpt dilihat, 3 cuti perayaan utama (Hari Raya, Thn Baru Cina dan Deepavali) masing-masing membawa cuti seminggu bg setiap perayaan tersebut (diwakili warna kelabu). Ini bermakna tiga minggu tersebut tidak berlaku proses P&Pc maka ia tidak blh diambil kira ke dlm minggu Kalender Akademik.

Masukkan juga cuti-cuti umum (diwakili warna merah) bg memudahkan dilihat sama ada sesuatu minggu itu terlalu byk cuti umum selain dr menyenangkan pihak yg ingin merancang takwim aktiviti sekolah.

cutiBmasukBmingguBakademik - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Berdasarkan surat siaran cuti perayaaan dan cuti umum, ia dimasukkan dlm Jadual Minggu Kalender Persekolahan

Sepintas lalu dpt dilihat sekurang-kurangnya 3 minggu sudah tidak blh dimasukkan dlm Kalender Akademik kerana sekolah bercuti sempena Cuti Perayaan. Ini bermakna kini bilangan minggu Kalender Akademik yg mungkin ialah hanya 40.

Sekolah perlu memasukkan minggu peperiksaan ke dlm Jadual Minggu Kalender Persekolahan. Misalnya seminggu utk Peperiksaan Pertengahan Thn dan seminggu lagi utk Peperiksaan Akhir Thn (rujuk jadual di bawah). Maka bilangan Minggu Kalender Akademik yg mungkin hanya berbaki 38 minggu.

mingguBperiksa - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
mingguBperiksa2 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
mingguBperiksa3 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

Berdasarkan Kalender Persekolahan di atas, pihak sekolah hanya blh menetapkan maksimum bilangan minggu Kalender Akademiknya ialah 38 (43 – 5 = 38) iaitu setelah ditolak dgn 3 minggu cuti perayaan dan 2 minggu peperiksaan. Katakan sekolah memerlukan 2 minggu lagi utk urusan pelbagai (misalnya Ujian Bulanan, Hari Anugerah Cemerlang, Sukan, Perkhemahan) maka minggu Kalender Akademik yg blh dipilih ialah 36 minggu.

3. MUKTAMADKAN JADUAL WAKTU

Setelah ditetapkan bilangan Minggu Kalender Akademik, maka barulah blh dirancang bilangan masa minimum bg setiap mata pelajaran seperti yg ditetapkan dlm SPI 8/2016.

Sebelum memulakan kiraan, ada baiknya difahami dahulu tentang maksud petak bg jadual tahap 1 dan jadual tahap 2 pd masa ini.

Petak sebenarnya merujuk bilangan masa/period dlm jadual waktu. Bg Tahap 1, pd masa ini (KSSR) bilangan petak seminggu termasuk perhimpunan dan Tasmik ialah 48 sementara bg tahap 2 pula ialah 52. Sila rujuk rajah di bawah.

petakBkssr - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

Katakan akhirnya kita pilih utk melaksanakan 36 minggu Kalender Akademik, maka kandungan jadual waktu sekolah kita blh seperti berikut:

KSSRB B1 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Tahun 1 (Cara kiraan ini terdapat dlm bahan jerayawara KSSR Semakan 2017 oleh BPK)

Bilangan masa seminggu bg setiap mata pelajaran ialah di lajur C. Misalnya mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan 11 masa seminggu, Bahasa Inggeris pula 9 masa minggu, Matematik 6 masa seminggu dan akhirnya Tasmik 2 masa seminggu. Ini menjadikan jumlah waktu belajar seminggu bg Thn 1 ialah 47 waktu.

Lajur E menunjukkan lebihan/kekurangan jam belajar setahun bg setiap mata pelajaran. Jika dilihat, mata pelajaran Bahasa Inggeris dijangka mempunyai lebihan 2 jam belajar dr masa minimum yg ditetapkan berbanding dgn Matematik dan Pendidikan Agama Islam yg mempunyai lebihan 6 jam setiap satu. Oleh itu penambahan masa bg mata pelajaran Bahasa Inggeris mungkin blh jadi pertimbangan utama bg sesebuah sekolah utk memastikan jam setahun dpt dipenuhi.

Jika sekolah bercadang utk kekal belajar 48 waktu seminggu (sama seperti jadual Tahap 1 2016), maka blhlah pihak sekolah menambah 1 lagi masa bg mana-mana mata pelajaran yg dirasakan sesuai dgn sekolahnya.

Namun ambil kira faktor kecukupan guru mata pelajaran yg ingin kita tambah sebelum membuat keputusan. Misalnya andai kata sekolah ini agak lemah dlm Matematik, maka Guru Besar blh menambah masa belajar 1 masa lagi dlm seminggu bg mata pelajaran Matematik iaitu bertambah dr 6 masa ke 7 masa seminggu. Maka kini ia akan kelihatan seperti berikut:

kssrB B4 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Masa Matematik ditambah 1 masa menjadikan masa belajar seminggu ialah 48 masa
KSSRB B2 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Tahun 2 dan Thn 3
KAB B1 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Tahun 4, Thn 5 dan Thn 6
KA 2 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)
Bilangan Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bg Thn 1-6 Berdasarkan Bilangan Minggu Kalender Akademik.

Tiga jadual yg berikut menunjukkan keperluan minimum bilangan masa seminggu bg setiap mata pelajaran utk Thn 1 (KSSR Semakan 2017) dam thn 2 sehingga 6 (KSSR).

Jadual ini hanya menunjukkan pilihan bilangan minggu Kalender Akademik dr 35 sehingga 40 sahaja.

KA 1 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

KA 2B252812529 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)

KA 3 - Panduan Menentukan Bilangan Minggu Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan)


Loading...

Tags: #Akademik #bilangan #Jadual #Kssr #Menentukan #Minggu #Panduan #Sekolah #Semakan #Waktu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.