Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia

jenoba 1 - Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia

PANDUAN MEMBELI KHEMAH UNTUK SEKOLAH DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai khemah yg terdapat di pasaran. Ada yg murah, ada yg mahal. Ada bentuk A, ada bentuk dome, ada bentuk rumah. Cikgu-cikgu mesti pening kepala nak pilih khemah yg mana satu utk kegunaan sekolah. Jenoba Outdoor berikan sedikit panduan utk cikgu memilih khemah supaya dpt memaksimumkan nilai duit sekolah yg dibelanjakan.

Perkara Yg Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Khemah

1. Bentuk

Terdapat pelbagai bentuk khemah di pasaran. Namun yg paling biasa didapati di Malaysia adalah;

KhemahBIgloo - Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia

a. Khemah bentuk igloo/dome

KhemahBA - Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia

b. Khemah bentuk A

Khemah bentuk igloo atau dome lebih mudah dipasang oleh pelajar. Sekiranya cikgu membeli utk kegunaan pelajar yg tidak biasa mengendalikan khemah, Jenoba Outdoor sarankan cikgu mendapatkan khemah bentuk dome. Sekiranya cikgu membeli khemah utk kegunaan pelajar yg berpengalaman, kami tetap sarankan cikgu membeli khemah berbentuk dome kerana lebih mudah dipasang.

Info tambahan: Sesetengah khemah mempunyai awning supaya air hujan tidak masuk melalui pintu.

2. Material

Kebanyakan khemah menggunakan bahan nylon atau polyester kerana ianya nipis, ringan dan kalis air. Terdapat juga khemah yg dilapisi lapisan silver coating. Lapisan silver coating ini akan menambah ketahanan kalis air khemah. Selain itu, lapisan silver coating akan memantulkan haba supaya khemah tidak terlalu panas pd waktu siang.

3. Lapisan (Layer)

Khemah biasanya terdapat dua lapisan yg utama. Lapisan bawah dan lapisan atas. Lapisan bawah bertindak sbg rangka dimana rod khemah dimasukkan. Lapisan atas bertindak sbg bumbung khemah.

KhemahBSingleBLayer - Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia

Khemah single layer

Khemah yg mempunyai dua lapisan (double layer) lebih kalis air kerana lapisan ataslah yg mempunyai material kalis air. Khemah satu lapisan (single layer) lebih sejuk di siang hari, tapi sekiranya hujan, air pasti masuk dan khemah akan bertukar menjadi kolam renang.

4. Saiz khemah

Khemah biasanya dinamakan mengikut bilangan orang yg muat tidur di dlm khemah. Sbg contoh, khemah 2P muat utk 2 orang, khemah 4P muat utk 4 orang dan seterusnya.

Bilangan orang ini berdasarkan kepada ‘close fit’. Sekiranya murid anda bersaiz besar, dinasihatkan anda mengurangkan bilangan murid yg tidur di dlm khemah. Sbg contoh, 3 orang murid dlm satu khemah 4P.

5. Pengudaraan

Pengudaraan yg baik akan menjadikan khemah tidak berkuap dan tidak terlalu panas. Khemah yg mempunyai lebih byk pintu dan tingkap akan menjadikan pengudaraan di dlm khemah menjadi lebih baik.

6. Alat ganti

Khemah mempunyai pelbagai komponen; lapisan bawah, lapisan atas, rod, tali rod dan pancang. Pastikan anda mendapatkan khemah dr pembekal yg mempunyai alat-alat ganti komponen tersebut.

Ini kerana kebanyakan kes yg kami jumpa, khemah masih elok cuma ketiadaan alat ganti. Lebih menyukarkan keadaan, khemah yg dibeli tidak diketahui jenama dan model menjadikan pencarian alat ganti agak rumit. Sayang sekali khemah yg masih elok tetapi tidak blh digunakan hanya kerana rod yg patah.

Penjagaan Khemah

Khemah hendaklah digunakan dan dijaga dgn betul utk memaksimumkan jangka hayat khemah. Antara perkara yg perlu dititikberatkan dlm penjagaan khemah adalah;

  1. Pastikan pembersihan tapak perkhemahan dilakukan sebelum memasang khemah. Buang semua kayu dan batu di kawasan pemasangan khemah. Ini utk mengelakkan lantai khemah bocor terkena batu atau kayu.
  2. Sekiranya tapak perkhemahan sukar dibersihkan sepenuhnya, gunakan tikar atau groundsheet utk melindungi lantai khemah dr batu dan kayu.
  3. Dilarang memasak di dlm khemah. Haba yg terhasil drpada api masakan blh menyebabkan material khemah cair. Memasak juga dilarang di dlm khemah atas isu keselamatan kerana gas yg terhasil drpada proses memasak akan menyebabkan sesak nafas.
  4. Sebelum melipat utk menyimpan khemah, pastikan tiada barang-barang di dlm khemah. Bersihkan juga daun, rumput dan segala bendasing yg melekat di atas khemah.
  5. Cuci khemah anda menggunakan air tanpa menggunakan sabun. Sabun blh menghakis lapisan kalis air pd khemah menjadikan khemah anda tidak lagi waterproof.
  6. Pastikan khemah betul-betul kering sebelum dilipat.
  7. Simpan khemah di tempat yg selamat dr makhluk perosak seperti lipas dan tikus. Sekiranya khemah tidak digunakan, buka dan anginkan khemah setiap 3 bln sekali utk mengelakkan khemah ditumbuhi kulat.

Ok. Andai cikgu-cikgu mahukan pilihan terbaik utk khemah yg mahu digunakan disekolah, blh hubungi kami di Jenoba Outdoor!

ea190fdc c5ba 4ba2 874c 8dbd309d281a - Panduan membeli, menjaga khemah utk sekolah-sekolah di Malaysia


Loading...

Tags: #Khemah #Malaysia #Membeli #Menjaga #Panduan #sekolahsekolah

author
Author: 
    Kesaksian Mengejutkan Ustad Yusuf Mansur: Memang Benar Mamah Dedeh Meninggal, Tapi…
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kabar duka yg datang dr dunia
    4 Artis Indonesia yg Dikabarkan Meninggal Pdhal Sehat Walafiat! No 3 Katanya Tewas Kecelakaan!
    slidegossip.com – Byk kabar burung atau hoax yg tersebar di kalangan publik. Namun
    Sebut Nabi Muhammad SAW Miskin dan Susah Sampai Akhir Hayat, Marbot Masjid Ini Ditangkap Polisi!
    slidegossip.com – Seorang marbot masjid berinisial MS di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, terpaksa
    Pergoki Istri Selingkuh, Suami Langsung Syok Ternyata Selingkuhan Istrinya Adalah Putranya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang pria langsung meradang begitu mengetahui kalau istrinya ternyata selingkuh dgn

    Comments are closed.