Panduan Dan Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

x 88 - Panduan Dan Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha: Niat & Istighfar Dlm Bacaan Jawi & Rumi
Solat taubat adalah sejenis solat sunat yg blh dipraktikkan oleh seseorang yg beragama Islam. Oleh kerana sudah menjadi lumrah manusia utk melakukan kesilapan dan berbuat dosa, maka Allah S.W.T. yg maha pemurah telah memberikan kita satu hadiah ataupun anugerah yg tidak ternilai utk menyucikan diri kita drpada dosa-dosa. Hadiah ini adalah taubat dan pengampunan. Bagaimanakah cara utk mendapatkannya? Mudah sahaja. Anda blh mempelajari cara utk mengerjakan solat sunat taubat sepertimana cara yg diterangkan di bawah.

Cara Solat Taubat Nasuha Yg Betul
Waktu Solat Sunat Taubat
Solat taubat blh dilakukan pd bila-bila masa. Tetapi, adalah lebih afdhal ianya dikerjakan pd waktu tengah malam kerana ia lebih sunyi dan anda lebih tenang. Anda juga disarankan utk melakukannya sewaktu bersendirian supaya tiada gangguan dan anda akan menjadi lebih khusyuk ketika melakukan solat.

Kaedah Solat Sunat Taubat
Solat sunat taubat blh dilakukan dlm 2, 4, ataupun 6 rakaat. Ia sama seperti solat sunat lain. (Jika solat 4 atau 6 rakaat, buatlah 2 rakaat dan salam, diikuti lagi 2 rakaat dan salam, dan begitulah seterusnya).

Niat
Niat anda juga adalah sangat penting. Adalah baik utk anda bersungguh-sungguh dan mempunyai keinginan tinggi utk bertaubat dan meninggalkan drpada berbuat perkara mungkar- perbuatan ini dipanggil taubat nasuha. Dgn mengikuti langkah-langkah ini, mudah-mudahan solat anda akan diterima.

Panduan Solat Sunat Taubat Menggunakan Carta Aliran
Anda blh merujuk carta aliran ini sbg panduan solat sunat taubat yg komprehensif, bermula drpada solat sunat sehinggalah ke istighfar, istighfar tauhid & penghulu istighfar. Utk kemudahan anda, di sini saya sertakan juga cara bacaan niat & istighfar solat taubat dlm bahasa rumi.

Panduan Solat Sunat Taubat Terbaik Menggunakan Carta Aliran

x 89 - Panduan Dan Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Silalah bookmark halaman ini utk rujukan pd masa hadapan atau anda blh menyimpan terus gambar carta aliran ini di dlm peranti anda. Saya mengharapkan supaya ilmu yg dikongsikan ini sedikit-sebanyak dpt memberikan manfaat.

Doa Solat Taubat Nasuha
Lazimnya, memang akan ada “template” utk berdoa. Namun begitu, contoh doa taubat sengaja tidak disertakan di sini. Hal ini kerana adalah lebih afdhal utk kita berdoa dgn setulus hati di dlm bahasa yg kita sendiri fahami. Sekiranya kita berniat solat sunat taubat dgn sebenar-benar taubat tetapi doanya adalah sekadar doa mengikut “skrip” yg bukan datang drpada hati yg tulus ikhlas; lebih-lebih lagi jika ia di dlm bahasa Arab tetapi kita tidak arif dlm berbahasa Arab, wallahu a’lam tetapi berkemungkinan besar kita sendiri pun tidak yakin dan tidak dpt merasakan kesungguhan di dlm berdoa.

Oleh yg demikian, berdoalah dgn penuh keikhlasan dr hati, pohonlah keampunan, mudah-mudahan taubat kita diterima dan dosa-dosa kita dpt dihapuskan. Allah S.W.T. menyukai hamba-Nya yg suka bertaubat. Sesungguhnya perjalanan yg manis adalah perjalanan ahli taubat.

Selamat beramal. In Sha Allah, semoga ibadah anda diterima.


Loading...

Tags: #Cara #Nasuha #Panduan #Solat #Sunat #Taubat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Panduan Dan Cara Solat Sunat Taubat Nasuha"