
Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bg penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yg nak buat bekalan utk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung gandum
- 50gm cornflakes | ramas kasar
- 280ml susu segar
- 30gm gula halus
- 1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu mkn
- 1 biji parutan kulit lemon
- 1 biji telur | pukul sedikit dgn garpu
- 2 sudu mkn mentega | cairkan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dlm mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata sehingga menjadi adunan yg likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dlm kuali.
4. Biarkan beberapa minit sehingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yg satu lagi sehingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Blh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu cair/ susu segar
- 3 paket Milo 3 in 1
- 3 sudu besar mentega dicairkan
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK :
1. Pecahkan telur dan kacau
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dlm mangkuk telur, kacau sehingga sebati dan masukan butter cair. Blh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun blh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan utk resepi pancake milo
3. Sapukan sedikit mentega pd non-stick pan. Gunakan non-stick yg saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dlm pan, pastikan gunakan api yg perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, blhlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia utk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dr Sheila Rusly
Tags: #ANAKANAK #Enak #LEMON #Milo #Pancake #Sarapan