Pakar Forensik Pro Adib Diugut Utk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS.

Loading...

Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain.
 

Adib 1 - Pakar Forensik Pro Adib Diugut Utk Ubah Keterangan, Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu EMRS.

 
Dua pakar forensik yg juga saksi pakar bg prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit. Salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain utk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca drpada pintu kiri kenderaan EMRS.

“Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr XX, di luar prosiding mahkamah, utk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dr pintu kiri kenderaan EMRS.

“Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dgn kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,” menurut laporan terbabit.

Kejadian berlaku pd April 11 iaitu ketika ketiga-tiga pegawai terbabit hadir ke Balai Bomba Subang Jaya bg memeriksa kenderaan EMRS serta melihat proses rekonstruksi.

Sementara itu laporan polis kedua yg dibuat seorang lagi saksi pakar mendakwa cubaan utk mempengaruhi penilaian mereka bukan sahaja blh menjejaskan integriti mereka sbg saksi bahkan dilihat sbg satu perbuatan yg tidak menghormati mahkamah.

Kedua-dua saksi pakar terbabit membuat laporan polis di ibu pejabat polis Subang Jaya pd Sabtu lps.

Dalam pd itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan laporan polis terbabit.

Kata beliau pd jam 9.28 malam 20 April 2019 Sabtu lalu, dua doktor pakar drpada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

“Kedua dua mereka adalah saksi doktor pakar dlm inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.

“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan Bencana kepada seseorang Penjawat Awam. Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat (polis) memandangkan inkues sedang dijalankan,” tegas beliau.

Dua pakar forensik yg memberi keterangan dlm inkues Adib adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood.

#Justice4adib

Sumber : Malaysia Gazette.

Loading...

Tags: #Adib #cedera #diugut #EMRS. #Forensik #kerana #Keterangan #mangsa #Minta #Pakar #Pintu #setuju #Ubah

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Comments are closed.