Pak Sako

Pak Sako,5 / 5 ( 1votes )

paksako 1 - Pak Sako

1909 – 1991

Beliau adalah tokoh Melayu yg seangkatan dgn Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Mokhtaruddin Lasso dan Samsiah Fakeh yg memperjuangkan gagasan penyatuan Sumatera, Brunie, Sabah Sarawak dan Tanah Melayu dlm gabungan Melayu Raya. Dlm dunia kesusteraan, beliau adalah satu nama besar yg cukup terkemuka dan menggunakan pelbagai nama samaran yg amat disenangi oleh pencinta karya-karyanya seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pak Pandir Moden. Gelaran Isakosan yg diberi Jepun akhirnya meletak pd namanya yg dipanggil Pak Sako.

Pak Sako dilahirkan pd 14 November 1909 di Kampung Balik Gantang, Temerloh Pahang telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu kampung tengah, Temerloh. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Clifford Kuala Lipis dr thn 1924 sehingga 1928. Pd thn 1930, beliau mendapat tawaran belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudian mendapat tawaran kerja sbg pegawai kadet dlm Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu(Malayan Civil Servant) apabila menamatkan pengajian pd thn 1935. Beliau juga pernah memegang jawatan sbg Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum meletakkan jawatan dan menyertai dunia penulisan secara sepenuh masa.

Oleh kerana pernah bekerja dgn British, banyak penyelewengan penjajah diketahui oleh Pak Sako. Hal inilah yg mendorong beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menjelajah ke seluruh semenanjung utk menyebarkan semangat anti-penjajah serta giat menghasilkan penulisan dlm media cetak. Akibatnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak dua kali iaitu pd thn 1948 sehingga 1953 dan 1965 sehingga 1966. Namun beliau tidak pernah mengenal erti takut dan putus asa. Perjuangan beliau masih diteruskan meskipun mendapat tentangan hebat British.

Beliau turut menggunakan Novel dan cerpen dlm menyebarkan semangat orang Melayu tentang kedudukan mereka yg mundur dlm politik, ekonomi dan sosial. Sikapnya yg anti-penjajah jelas digambarkan dlm novelnya yg bertajuk Putera Gunung Tahan. Beliau menganggap kebudayaan Barat dipenuhi dgn sikap-sikap tamak, mementingkan kebendaan dan tidak jujur. Beliau juga berasa jijik dgn golongan feudal Melayu yg bersubahat dgn penjajah.

Pak Sako juga merupakan pengasas dlm penerbitan Utusan Melayu selepas meninggalkan jawatannya di Warta Malaya. Akhbar yg diterbitkan ini bertujuan utk menyebarkan fahaman kebangsaan terutama kepada orang Melayu. Beliau bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarangnya, Abdul Rahim Kajai. Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, Pak Sako dilantik sbg seorang pengarang di akhbar tajaan Jepun, Berita Malai.

Perpustakaan Negara Malaysia menyimpan lebih drpada 1000 naskah koleksi kesusteraan hasil penulisan Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel yg mengecam dasar kolonial British dan mengkritik sikap orang Melayu yg menyokong penjajah. Pak Sako menumpukan kebudayaan Melayu dlm penulisannya.

Nama Pak Sako berdiri seiring dgn Keris Mas, Shahnon Ahmad, A.Samad Said, Kemala, Cikgu Harun Aminurrasyid dan Usman Awang. Sbg menghargai segala jasa dan sumbangnya, Universiti Malaya telah menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pd 29 Jun 1973. Pd 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah “Pejuang Sastera” drpada Perdana Menteri. Beliau meninggal dunia pd 7 November 1991 di Hulu Langat, Selangor. Setelah pemergiannya, beliau turut dianugerahkan sbg tokoh Kewartawanan Negara pd thn 1995. Selain itu, Utusan Melayu turut mengabadikan jasa beliau dgn mewujudkan Anugerah Pak Sako kepada penulis novel terbaik setiap thn.

download1 3 - Pak Sako
download 7 - Pak Sako

images - Pak Sako

Carian Berkaitan

erti pak sako
Loading...

Tags: #Sako

author
Author: 
    Lirik Lagu Diam Saja-Forteen
    Lirik Lagu Diam Saja-Forteen Bukaka hatimu utk aku bicaraIsi hatiku terpendam lamaSetiap caramu
    RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yg Membaca Skrip Penuh ‘Endgame’
    Russo Brothers mendedahkan bahawa satu-satunya Avengers yg diberikan peluang utk membaca skrip penuh
    Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat
    Contoh soalan temuduga latihan jururawat masyarakat, contoh soalan temuduga latihan jururawat pergigian, contoh
    Contoh Soalan Karangan Pengalaman
    Contoh soalan karangan spm, contoh soalan karangan dialog, contoh soalan apel, contoh soalan

    Leave a reply "Pak Sako"