PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?

Loading...

Conflict 1 - PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?
Imej via www.aspire-cs.com

PAK-21: MUDAHKAN, JANGAN MENYUSAHKAN GURU

Rentetan drpada post saya sebelum ini tentang salah faham tentang konsep PAK-21 oleh sesetengah pihak, majoriti guru berpendapat bahawa pelaksanaan PAK-21 di sekolah telah menjadi beban utk guru dan ‘lari’ drpada fungsi sebenarnya, iaitu yg sepatutnya menjadi pendekatan dan aktiviti menyeronokkan di dlm bilik darjah.

Hal ini kerana guru telah diasak oleh pihak pentadbiran/pencerap yg berpendapat kononnya pelaksanaan PAK-21 wajib mempunyai elemen-elemen seperti penggunaan ICT, sistem traffic light, susunan kelas yg rigid, bahan bantu mengajar yg canggih, terkini dan sbgnya.

Bahkan, ada guru yg diberitahu oleh pencerap sama ada drpada pihak pentadbir, PPD mahupun drpada pihak nazir bahawa markah penilaian yg diberikan semasa proses pencerapan akan rendah jika tidak menggunakan ICT atau ‘sistem traffic light’ semasa proses PdPc.

Kenapa perkara seperti ini blh berlaku?

Sebab, pemahaman tentang konsep Pembelajaran Abad Ke-21 telah dirumitkan oleh sesetengah pihak sedangkan pelaksanaan PAK-21 tidak serenyah seperti yg disangka.

Dicadangkan agar pihak KPM membuat penyelarasan semula tentang pemahaman konsep PAK-21 kepada ‘orang tengah’ yg bertanggungjawab menyampaikan maksud sebenar PAK-21 kepada pihak JPN, PPD dan pentadbir yg sepatutnya bersifat memudahkan guru, bukan menyusahkan.

Dalam proses PdP/PdPc, perkara paling penting yg perlu diihat oleh pencerap ialah adakah proses pembelajaran mencapai objektifnya selain suasana yg menarik dan menyeronokkan. Bukannya mempersoalkan ‘tools’ yg digunakan oleh guru di dlm bilik darjah. Sedangkan PAK-21 hanyalah salah satu pendekatan, bukannya wajib diikut.

Masalah yg berlaku sekarang ialah pihak atasan telah menyekat kreativiti guru dlm melaksanakan PdP/PdPc utk murid-murid mereka kerana perlu mengikut acuan dan kehendak sesetengah pihak yg kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham konsep PAK-21 yg sebenar.

Ya, memang betul. ICT merupakan salah satu komponen dlm teras transformasi pendidikan abad ke-21 tetapi persoalannya sekarang adalah,

1. Adakah kita mampu dan berupaya utk menyediakan prasarana dan infrastruktur ICT yg diperlukan oleh setiap guru dan murid di sekolah?
2. Adakah pihak sekolah mampu menyediakan bahan-bahan yg diperlukan oleh guru utk merealiasikan PAK-21 di dlm kelas sedangkan kertas A4, kertas warna, plastik ‘liminate’, mesin liminate, ‘printer’ dan dakwat pun guru perlu beli sendiri.
3. Adakah pihak sekolah mampu utk menyediakan peruntukan kepada setiap guru kelas membeli peralatan dan barang-barang perhiasan utk merealisasikan ‘Kelas PAK-21’? Sedangkan duit utk membeli langsir dan pembalut meja pun menggunakan duit guru sendiri.

Jika jawapan2 di atas adalah ‘TIDAK’, kembalilah kepada pemahaman konsep sebenar Pembelajaran Abad Ke-21 mengikut acuan ‘Malaysia’ sahaja. Bukannya acuan ‘Finland’.

Kepada pihak atasan, berilah ruang dan peluang kepada guru utk melaksanakan PAK-21 dan PdP/PdPc mengikut cara mereka sendiri. Guru2 kita telah dibebani dgn pelbagai tugas yg diluar tugas hakiki. Janganlah kita menambahkan lagi beban yg telah tersedia berat itu.

Ingat pesanan ini. PAK-21 tidak susah utk dilakukan tetapi jangan sampai menyusahkan diri utk melaksanakan PAK-21.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
#cikgubiasasaja
#bukantunjukhebat
#berkongsiperasaancikgukita
#selamilahjiwagurukita

Loading...

Tags: #Guru #kreativiti #PAK21 #pentadbir #sekat

author
Author: 
    Promosi Air Boba JLD Dragon RM1.00 Kat Intermark Mall, Kuala Lumpur
    Hello boba lovers & peminat milk tea,  Ni ada berita baik especially anda
    Wajah Berubah Makin Cantik Setelah Bengkak, Via Vallen Operasi Plastik?
    slidegossip.com – Belum lama ini pedangdut Via Vallen menghebohkan publik dgn perubahan penampilannya
    Gebetan Baru Luna Maya Lebih Kaya dan Berkelas dr Reino Barack? Ini Deretan Bisnisnya!
    slidegossip.com – Meski Luna Maya sudah beberapa kali menegaskan kalau statusnya dgn Ryochin
    Setelah 7 Thn Menikah, Ustad Abdul Somad Diam-Diam Sudah Ceraikan Sang Istri!
    slidegossip.com – Ulama kondang Ustad Abdul Somad (UAS) tiba-tiba saja membawa kabar mengejutkan.

    Leave a reply "PAK-21: JPN, PPD dan Pentadbir sekat kreativiti guru?"