Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Loading...

untitled design 35 08 27 757119 1 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yg tersendiri. Itulah Rozita Che Wan. Malah aura dan pesona jelita yg ada pd selebriti kesayangan ramai ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.

Kesempatan bersua muka dgn Rozita Che Wan semasa sesi pengambaran program terbaru Rasa Nostalgia Ramadan membuka peluang utk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan beliau.

4 06 31 180690 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Menurut suri hati kepada aktor tersohor, Zain Saidin ini, bila tibanya bln Ramadan, beliau tidak cerewet apabila berbuka puasa namun amat mementingkan pengambilan sahur. Malah juadahnya pun tidak perlu mewah. Cukup sekadar sajian yg ringkas namun membuka selera.

Terasa nak cuba menu-menu istimewa yg dikongsi oleh Dato’ Chef Wan dan Rozita Che Wan dlm rancangan Rasa Nostalgia Ramadan? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda blh masak utk berbuka di sepanjang bln Ramadan ni. Selamat mencuba!

whatsapp image 2019 05 02 at 3.04.57 pm 08 59 608379 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

1. PAJERI NANAS 

untitled design 36 08 52 752425 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas | dikupas dan dihiris
  • 1 sudu mkn serbuk kunyit
  • 70gm minyak sapi
  • 3 sudu mkn minyak masak
  • 10cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2cm halia | kupas dan hiris nipis
  • 1/2 biji bawang merah besar | kupas dan hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih | kupas dan cincang halus

  • 4 sudu mkn udang kering
  • 250ml air
  • 6 sudu mkn gula
  • 2 sudu mkn cuka epal
  • 4 sudu mkn kismis
  • 4 sudu mkn cutni mangga
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan nanas dgn serbuk kunyit sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, halia, bawang besar, bawang putih sehingga kuning keemasan.
  3. Masukkan  udang kering. Tumis guna api sederhana sehingga wangi.
  4. Masukkan nanas, air, gula, cuka, garam dan cutni mangga. Masak sehingga sebati.
  5. Didihkan kemudian biarkan mereneh sehingga jadi pekat.
  6. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

2. KUIH SERI MUKA

untitled design 37 08 02 570333 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 600gm beras pulut | cuci, rendam semalaman
  • 500ml pati santan
  • 2 helai daun pandan | diracik
  • 1 sudu teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 5 biji telur |dipukul
  • 300gm gula halus (kastor)
  • 3 sudu mkn tepung serbaguna
  • 10 helai daun pandan | hiris nipis, tumbuk dan ambil jus
  • 500ml pati santan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Dididhkan air dlm pengukus, toskan beras pulut dan masukkan ke dlm pengukus. Blh juga guna acuan berukuran 25cm x 25 cm.
  2. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kemudian kacau sehingga larut. Kukus selama 20 minit.
  3. Kacau pulut menggunakan garpu dan terus kukus selama 10 minit lagi.
  4. Tekan pulut dgn menggunakan belakang sudu agar pulut mampat dan pdt. Kukus selama 5 minit lagi.
  5. Sementara itu, pukul telur, gula dan tepung serbaguna sehingga sebati. Masukkan jus pandan dan gaul biar sebati.
  6. Masukkan pati santan. Kacau dan tapiskan campuran.
  7. Tuang campuran ke atas pulut tadi dan terus kukus selama 30 minit sehingga lapisan atas menjadi pejal.
  8. Angkat dan biarkan Kuih Seri Muka sejuk sebelum dipotong.

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yg bersiaran sepanjang bln Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sbg hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pd setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.

Antara selebriti undangan yg memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

3 06 28 784125 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan1 06 50 773852 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan2 06 26 786212 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan5 06 32 866314 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan6 06 34 686711 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan7 06 37 683175 - Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Rasa Nostalgia Ramadan ditaja oleh Saji – Delima Oils Sdn Bhd. Rancangan ini menemui penonton bermula 6 Mei (hari ini), setiap Isnin sehingga Jumaat pd jam 5 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Loading...

Tags: #Berbuka #Kuih #MENU #Muka #Nanas #Pajeri #Pilihan #Rozita #Seri

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.