Pahang guna puisi bantu murid pra sekolah kuasai Bahasa Inggeris

guru mengajar bernama 040319 1 1 - Pahang guna puisi bantu murid pra sekolah kuasai Bahasa Inggeris
Imej via Bernama

KUANTAN: Modul bahasa Inggeris “Let’s Rhyme” akan mula digunakan secara berperingkat di 19 buah pra sekolah di seluruh daerah ini dlm usaha membantu murid menguasai bahasa itu dgn lebih pantas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Pahang, Mohamed Kamal Hashim berkata modul berunsurkan didik hibur dilihat lebih menarik minat murid utk memahami dan mempelajari bahasa berkenaan.

“Modul ini juga sangat bagus dan sesuai utk pelajar pra sekolah serta sekolah rendah dan pihak BTPN juga bercadang utk memperluaskan penggunaan modul ini di setiap pra sekolah dan sekolah rendah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Model “Let’s Rhyme”, melibatkan kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru Kuantan dgn Open University Malaysia (OUM) Kuantan di PKG Teruntum hari ini.

Turut hadir Pengarah OUM Kuantan, Razalina Abdul Rashid; Ketua PKG Kuantan, Mohd Syaheer Shariff; dan Pengerusi PKG Teruntum, Mohd Azmi Osman.
7b88a2c805b264bf42a806a682f30f2b5c7d28dc5027e - Pahang guna puisi bantu murid pra sekolah kuasai Bahasa Inggeris
Imej via Bernama

Sementara itu, pengasas modul “Let’s Rhyme”, Noor Jahan Sultan berkata modul yg mempunyai 40 tema ini merangkumi 4 kemahiran asas bahasa bg membantu murid.

“Modul ini merangkumkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis bg membantu pelajar membaca teks bahasa Inggeris dan menguasai kosa kata serta tatabahasa.

“Saya pernah menggunakan modul ini kepada murid-murid saya dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka meningkat sebanyak 97%. Ini menunjukkan keberkesanan modul ini dlm mendidik murid-murid,” katanya.

Sementara itu, Razalina berkata OUM bekerjasama dgn PKG kerana ia dilihat bertepatan dgn konsep OUM iaitu “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.

“Kita menyasarkan 300 guru akan terlibat dlm pendedahan penggunaan modul ini yg akan dijalankan secara berperingkat di PKG Teruntum.

“Seramai 15 guru akan dilatih bg setiap sesi utk membolehkan guru-guru lebih memahami penggunaan dan irama yg akan digunakan dlm modul ini,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #BAHASA #bantu #Guna #Inggeris #Kuasai #Murid #pahang #Puisi #Sekolah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Pahang guna puisi bantu murid pra sekolah kuasai Bahasa Inggeris"