Opor Ayam Kampung

Loading...

aIMG 4177 1 - Opor Ayam Kampung


Opor Ayam Kampung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung, potong empat
2 biji tomato
4 biji belimbing buluh
1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping kecil gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak sapi utk menumis

Bahan A – Tumbuk / Kisar
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
2 sm kunyit

Rempah Kasar
1/2 batang kayu manis
6 kuntum cengkih
2 biji pelaga

Bahan B – Tumbuk / Kisar
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 hiris halia
1 batang serai, ambil bahagian putih
1 sudu mkn kerisik
4 biji buah keras

aIMG 4183 - Opor Ayam Kampung


Cara-cara :

  1. Perap ayam dgn Bahan A selama 1/2 jam.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis rempah kasar dan Bahan B sehingga garing.
  3. Masukkan sedikit air, tutup periuk dan reneh sehingga ayam kecut.
  4. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu, masukkan santan pekat, buah belimbing.
  6. Perasakan dgn gula dan garam secukupnya.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan tutup periuk sebentar.
  8. Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.

aIMG 4194 - Opor Ayam Kampung

Opor Ayam Kampung
Loading...

Tags: #Ayam #Kampung. #Opor

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.