Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018

Loading...

official operasi x poster 2 - Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018


Assalamulaikum & hai korang,

Dah tengok trailer Operasi X the Movie yg tengah hit kat YouTube sekarang? Setakat 31 Okt dah lebih 100 ribu view tau. Blh tahan ramai yg tengok trailer movie aksi terbaharu arahan Sandosh Kesavan terbitan Dream Pictures Production. Apa kata tengok dulu trailer Operasi X the Movie.

Menampilkan barisan pelakon otai dan hebat seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad, Zaidi Omar serta beberapa lagi pelakon lain. Paling best mestilah penampilan Datuk Yusof Haslam, BBL sendiri peminat setia rancangan Gerak Gerak Khas. Dah lama tak tengok Datuk Yusof Haslam berlakon dan pastinya comeback beliau dlm Operasi X satu kemunculan paling dinanti oleh peminatnya. Excited nak tengok movie Operasi X the movie dah membuak-buak.


Sinopsis Operasi X the Movie

ASP Redzuan

(Dato Aaron Aziz), seorang anggota polis yg telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pd hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yg telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (Hairi Safwan),  di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih utk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yg tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dgn memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pd keindahan pulau yg didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dgn kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pd suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dr Bukit Aman yg telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. 


pelakonBoperasiBxBtheBmovie 1 - Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018
operasiBxBmovieB2018 1 - Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018

Kehadiran Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yg telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dgn barisan ahli operasi dgn kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dlm seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yg dikenali sbg Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah utk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yg telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan “Raja Seludup Antarabangsa” dgn kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia. Kalu nak tahu apa kesudahan operasi X yg ASP Redzuan handle kenalah tonton sendiri bermula 1 November 2018 di pawagan berdekatan.

BBL sendiri tak sabar nak tengok Dato Awie berlakon jadi gangster, biasa Awie dapat watak humble & kelakar je. Confirm serius habis bila Awie pegang watak sbg Belut. Dari sedutan trailer pun dah pdt dgn aksi tembak menembak, kejar mengejar, letupan selain penuh dgn elemen kejutan gangster. Dah macam level international gituh Pastinya rakaman dr pelbagai sudut menarik perhatian BBL seperti drone. Baru teruja nak tengok sampai habis lakonan setiap aktor lagend.



operasiBxBtheBmovieBbehindBtheBscene - Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018

Operasi X the Movie mula ditayangkan bermula hari ini, 1 November 2018 seluruh negara. Jom kita kasi filem Operasi X pecah rekod panggung seperti movie aksi lain. So far BBL tengok kat website TGV hampir semua slot showtime Operasi X hari pertama dah full book. Nasib baik dah beli tiket siap-siap time advance sales awal minggu ini.

Oh ya, blh tahan best lagu “Lari” OST Operasi X the movie nyanyian Dato Awie berduet dgn McFaz. Blh dengar kat YouTube, Spotify atau jadikan sbg caller ringtone korang.


Apa kata weekend ini & cuti public holiday minggu depan pakat datang beramai-ramai ajak member, housemate, classmate atau officemate tonton movie Operasi X together. Baru syok tengok ramai-ramai dgn member kan. Yg pasti movie Operasi X bukan sahaja berkisar tentang aksi semata tetapi pdt dgn mesej cinta, keluarga, persahabatan dan paling utama soal tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Follow laman sosial rasmi Operasi X & hastag #OperasiXTheMovie #OperasiX bila korang upload gambar tiket movie okay. Dah la..nak bersiap tengok movie kat KLCC ni. 

Facebook | Instagram | Twitter



Loading...

Tags: #2018 #Aksi #Filem #Movie #Operasi #Terbaik

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Thn 2018"