
Operasi X – Filem Terbaru 2018
Agak lama tak tengok movie dipawagam , kali terakhir tengok pun dua bulan lepas. Dengar cerita ada movie aksi yg baru , Operasi X – filem terbaru 2018. Yg best lagi gabungan antara pelakon Aaron Aziz dgn Awie. Wahh… macam menarik je ni .
Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yg Gempak!
Operasi X sebuah movie aksi Malaysia yg diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omadan banyak lagi la . Nampak gayanya gabungan pelakon yg power-power ni ..
Jom tonton Trailer Operasi X pula ..
Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pd 1 November 2018
Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yg sudah tidak percaya lagi dgn pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yg dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dgn semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya drpada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dr Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan utk mengetuai operasi yg dinamakan Operasi X utk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.
Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yg menyentuh hal-hal yg dekat di hati yg menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.
Filem ini ditayangkan kepada umum pd 1 November 2018.

Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dgn Aaron?
Bagaimanalah agaknye kalau Awie dgn Aaron bergabung dlm satu movie yg mengandungi aksi ? yg ni korang kena tengok sendiri kat pawagam terdekat . Lisa pun nak tengok juga la .. tak sabarnya nak tengok ! Jom tengok sama-sama .. dan jangan lupa share review korang tau lepas tengok Filem Operasi X ini.
Tags: #2018 #Filem #Operasi #Terbaru