ONDEH-ONDEH

ONDEH 1 - ONDEH-ONDEH

Assalam buat semua..
Dah lama saya tak buat kuih ondeh-ondeh
Pada kebiasaannya di Kelantan ni,ia banyak di buat dlm bulan puasa.
Tapi sekarang ni kalau rasa nak mkn saya akan buat sendiri.
Sebab ia jarang-jarang di jual pd hari biasa.
Let’s try buat.

ONDEH-ONDEH

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu mkn tepung gandum
1 cawan jus pandan(kisar daun pandan)
pewarna hijau

1 keping besar gula melaka-di potong kiub kecil
1/2 biji kelapa parut muda
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit garam
Gaul rata semua bahan.Ketepikan

2 helai daun pandan
air

Cara membuatnya

  • Didihkan air bersama daun pandan di dlm periuk.
  • Satukan tepung pulut,tepung gandum sedikit garam dan pewarna hijau.
  • Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil di gaul sehingga mendapat doh yg tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh,leperkan,letak kiub gula melaka dan bulatkan.
  • Masukkan ke dlm air yg sedang mendidih.
  • Angkat doh yg timbul di permukaan air dan toskan.
  • Buat sampai habis.
  • Golekkan dlm kelapa parut muda.
  • Sedia utk di hidangkan.



Loading...

Tags: #OndehOndeh

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "ONDEH-ONDEH"