NUTP gesa UPSR dimansuhkan segera

Loading...

E9F9C025 0C6C 4AD6 87E0 801E33996F4D - NUTP gesa UPSR dimansuhkan segera

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak terus berdiam diri, mengenai cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sehingga kini tiada perkembangan mengenai isu tersebut, walaupun persetujuan utk memansuhkannya telah diumumkan bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pd 2016.


“NUTP sudah beberapa kali cuba mendapatkan maklum balas dr semasa ke semasa tetapi tiada jawapan drpada KPM. Kami memohon UPSR dimansuhkan kerana tidak melihat keperluan UPSR tetapi murid terpaksa menanggung beban utk lulus cemerlang dlm peperiksaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, pemansuhan peperiksaan UPSR juga dpt mengurangkan tekanan dan bebanan kepada murid di negara ini, selain mengubah persepsi sesetengah masyarakat yg menjadikan ‘A’ sbg kayu pengukur kualiti seseorang murid.

Katanya pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai sama sekali, terutama berhubung kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).


“Murid akan tetap dinilai dan ia akan dilakukan berasaskan pentaksiran sekolah masing-masing dan bukannya berorentasikan peperiksaan berpusat semata-mata,” katanya.

Tan berkata NUTP juga bersedia bekerjasama dgn KPM dlm menambah baik pentaksiran berasaskan sekolah agar mempunyai instrumen yg dpt membantu guru-guru ke arah kecemerlangan murid.

“Cuma kami mohon agar NUTP dilibatkan bersama pihak KPM semasa perbincangan bg memuktamadkan cadangan memansuhkan UPSR ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Dimansuhkan #Gesa #NUTP #Segera #UPSR

author
Author: 
    Surat Siaran Bil. 14/2019 Penjenamaan Semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Kepada Bengkel RBT
    Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang penjenamaan semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu kepada
    Negaraku dlm Mandarin sekadar utk kefahaman – Siasatan KPM
    KUALA LUMPUR: Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dlm bahasa
    Surat Siaran Bil. 13/2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dlm Bahasa Melayu Murid Thn 4 Mulai Thn 2020
    Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dlm kurikulum mata pelajaran Bahasa
    Isu Negaraku versi Mandarin: KPM siasat bukan satu sekolah
    MURID sekolah menyanyikan lagu Negaraku dlm bahasa Mandarin dan bahasa lain yg tular

    Comments are closed.